Sebelum mereka mendarat, saya dah tahu berkenaan “Langkah Dubai” – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkata beliau tahu mengenai “Langkah Dubai” sebelum individu terbabit mendarat di bandar raya itu.

“Laporan dari segi perisikan memang kami peroleh seawal penerbangan mereka sampai ke tempat itu (Dubai),” katanya di Putrajaya pada Selasa.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan nama individu dimaksudkan.

Minggu lalu, media melaporkan dakwaan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Ismail Yusop wujud “Langkah Dubai” membabitkan pertemuan pemimpin Perikatan Nasional (PN) dan dari blok kerajaan di Emiriah Arab Bersatu (UAE), baru-baru ini.

Beliau mendakwa pertemuan untuk menumbangkan kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim itu turut membabitkan tokoh politik veteran berpengaruh yang berpangkat Tun menggunakan dana asing, lapor FMT.

Pertemuan itu didakwa bertujuan membahagikan tugas kepada “ejen” untuk mengenal pasti Ahli Parlimen yang boleh menukar sokongan kepada pembangkang bagi membentuk kerajaan baharu.

Sambil menggambarkan usaha menumbangkan kerajaan “membuang masa”, Zahid berkata pentadbiran ketika ini menikmati majoriti dua pertiga, selain menambah keutamaan sepatutnya tertumpu kepada usaha mengukuhkan ekonomi.

“Tunggulah sehingga PRU16 kalau mereka mahu tukar kerajaan,” kata pengerusi Barisan Nasional itu.

Pada Sabtu, Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) “tidak mempunyai masa melayan drama politik”.

Fadillah, yang juga timbalan perdana menteri, berkata beliau tidak pernah mendengar cubaan terbaharu untuk menumbangkan kerajaan perpaduan.

Dalam pada itu, mengulas situasi banjir, Zahid berkata pejabat daerah di kawasan terjejas akan menyalurkan bantuan tunai kepada mangsa.

“Tapi, saya menyeru mereka yang menyalurkan bantuan agar ‘buta warna’ dan menyalurkannya secara saksama,” katanya.

Lebih 20,000 mangsa dipindahkan susulan banjir bulan lalu, dengan majoriti mangsa dari Pantai Timur. Situasi semasa semakin pulih dengan kurang 100 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat