PADU berperingkat mula fasa Persekutuan, kemudian negeri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pembangunan Pangkalan Data Utama (PADU) akan melalui beberapa fasa bermula dari integrasi data di peringkat agensi Persekutuan dan seterusnya kerajaan negeri.

Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron berkata, bagi fasa pertama, pengumpulan data pentadbiran bagi pembangunan PADU akan membabitkan kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan yang mempunyai pangkalan data masing-masing.

Beliau berkata, agensi kerajaan yang beroperasi di negeri dan daerah juga mempunyai kepelbagaian data granular sehingga ke peringkat lokaliti dan berfrekuensi tinggi.

“Sehubungan itu, keterlibatan semua agensi kerajaan dalam perkongsian data dalam fasa seterusnya merupakan perkara asas dalam usaha untuk melengkapkan lagi maklumat di dalam PADU,” katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran PADU di Putrajaya pada Selasa.

Katanya, setakat ini, sebahagian besar agensi pada peringkat Persekutuan telah bersetuju untuk membekalkan data bagi sistem berkenaan.

Nor Azmie berkata, antara agensi terbabit termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pendidikan (KPM) dan Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Menurutnya, PADU juga memerlukan beberapa maklumat penting daripada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan antaranya melibatkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri bagi data gaji, pendapatan dan pencen penjawat awam negeri serta bantuan khusus daripada kerajaan negeri.

“Selain itu, data juga diperlukan di Majlis Agama Islam bagi maklumat mengenai status perkahwinan dan penceraian, agensi zakat negeri bagi data pemberi dan penerima zakat.

“Ia turut melibatkan, pejabat atau agensi yang bertanggungjawab dengan urusan berkaitan pemilikan tanah, pihak berkuasa tempatan bagi data kediaman dan pembekal perkhidmatan bagi maklumat mengenai utiliti,” lapor Utusan.

Mengulas lanjut, bagi fasa seterusnya, Nor Azmie berkata, pelbagai agensi lain pada peringkat negeri dan kerajaan tempatan akan turut dilibatkan bagi memastikan maklumat yang lebih lengkap dapat diintegrasikan di dalam sistem PADU.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat