Najib guna AS$681 juta beli undi PRU-13 – Saksi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, wang berjumlah AS$681 juta diterima Datuk Seri Najib Razak dalam akaun bank peribadi AmBank miliknya disyaki wang rasuah, yang digunakan untuk membeli undi ketika persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada tahun 2013.

Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Nur Aida Arifin, yang juga pegawai penyiasat skandal 1Malaysia Development berhad (1MDB), berkata wang berkenaan diterima daripada syarikat pelaburan, Tanore Finance Corporation melalui Falcon Private Bank Singapore.

Bagi kes pendakwaan, Tanore Finance adalah syarikat yang dikawal oleh Eric Tan Kim Loong, iaitu sekutu rapat ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau lebih dikenali dengan nama Jho Low.

Nur Aida yang juga saksi ke-49 pendakwaan, berkata maklumat yang diterima menyatakan bahawa pada tahun 2013, akaun peribadi bekas perdana menteri yang menerima wang berkenaan ialah akaun di Amprivate Banking, AmBank Berhad bernombor 2112022009694.

Saksi itu berkata demikian ketika merujuk kepada Borang Aduan yang dibuat bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009, yang dibuat pada 4 Mei 2015.

Beliau berkata, melalui satu lagi Borang Aduan, maklumat diterima menunjukkan, Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB dan Menteri Kewangan menerima suapan melalui dana awam pelaburan 1MDB berjumlah RM3.217 billion yang dimasukkan ke dalam akaun sama di antara 2011 dan 2013, untuk kepentingan peribadi.

Katanya, aduan dibuat bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM di mana beliau sendiri menandatangani aduan berkenaan yang dibuat pada 17 Mei 2018.

Nur Aida memberikan keterangan ketika membacakan pernyataan saksinya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pada perbicaraan rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.

Beliau berkata, fokus siasatan adalah bagi kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 iaitu berkenaan kemasukan wang dalam jumlah yang sangat besar ke dalam dua akaun peribadi Najib iaitu akaun yang berakhir dengan nombor 694 dan 880 di antara 2011 dan 2014, lapor BH pada Selasa.

Beliau menjalankan siasatan berdasarkan dokumen yang diperoleh daripada beberapa pihak antaranya Bank Negara Malaysia (BNM), 1MDB, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Kewangan.

Mahkamah Tinggi sebelum ini diberitahu Tanore Finance memindahkan AS$681 juta ke dalam akaun peribadi AmIslamic Bank milik Najib.

Dana itu sebahagian daripada terbitan bon 1MDB keseluruhannya berjumlah AS$3 bilion yang sepatutnya dilaburkan bagi usaha sama 1MDB dengan Aabar Investment PJS yang dikenali sebagai Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC).

Menurut Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB, Adam Ariff Mohd Roslan, pada hari sama Tanore Finance menerima AS$640 juta iaitu pada 21 Mac 2013, ia mengarahkan Falcon Bank memindahkan AS$681 juta ke nombor akaun. 211-202-200969-4 di bawah nama ‘AmPrivate Banking–MR’ di AmIslamic Bank secepat mungkin.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat