Anwar tak peduli Langkah Dubai, tumpu bela rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak peduli mengenai rancangan sulit terbaharu ‘Langkah Dubai’ untuk menggulingkan kerajaan.

Kata beliau, rancangan dianggotai segelintir pihak itu tidak memberi kesan kepada gerak kerja kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat terbela.

“Saya ada terbaca mengenai Langkah Dubai di media sosial tetapi bagi saya, kita tumpu soal kerja.

“(Langkah Dubai) itu kerja mereka (namun) bagi saya (ia) tidak memberi kesan (kepada kedudukan Kerajaan Perpaduan),” katanya selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di Putrajaya lapor Utusan.

Menurut beliau, tumpuan utama kerajaan ketika ini adalah membangunkan negara dan menjaga kebajikan seluruh rakyat.

Anwar berkata, beliau ada terbaca dalam media sosial mengenai gerakan (Langkah Dubai) itu.

“Saya ada baca dalam media sosial mengenai langkah Dubai. Kita tumpu soal kerja, itu kerja mereka. Bagi saya ia tak mengesankan (tidak memberi kesan).

“Apa yang penting kita dah mula (jaga kebajikan rakyat). 2 Januari (hari ini) kita dah mula lancarkan satu program (PADU) penting bagi rakyat. Tumpuan kita bangunkan negara, jaga rakyat,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat