Kerajaan terjemah sikap ‘buta warna’ hadapi krisis banjir – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perpaduan dengan tuntasnya menterjemahkan sikap ‘buta warna’ khususnya dalam situasi menghadapi krisis bencana banjir seumpama ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi percaya keberkesanan Kerajaan dalam menguruskan situasi banjir yang berlaku turut disokong oleh semangat kerjasama dan bahu-membahu oleh pelbagai pihak yang turut bersama-sama menyumbang dari sudut kewangan, sumber manusia, barangan keperluan dan sebagainya.

“Hari ini saya telah mengadakan sidang akhbar mengenai situasi terkini banjir yang telah melanda beberapa negeri ketika ini. Laporan terkini kejadian bencana yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sehingga jam 6.00 pagi hari ini telah merekodkan pengurangan jumlah mangsa kepada 80 orang dalam tempoh 24 jam berbanding 1,122 mangsa pada 1 Januari 2024.

“Saya amat bersyukur dengan keberkesanan langkah siapsiaga yang telah dilaksanakan oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP), NADMA.

“Langkah ini berjaya menggerakkan semua cabang agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana di setiap peringkat dengan bertindak pantas memberikan bantuan kepada mangsa dengan sokongan pelbagai aset.

“Saya percaya, keberkesanan Kerajaan dalam menguruskan situasi banjir yang berlaku turut disokong oleh semangat kerjasama dan bahu-membahu oleh pelbagai pihak yang turut bersama-sama menyumbang dari sudut kewangan, sumber manusia, barangan keperluan dan sebagainya,” katanya.

Sekali lagi Zahid mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua agensi berkepentingan, sekolah, dan kumpulan-kumpulan NGO serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu situasi banjir yang berlaku di seluruh negara.

“Saya berharap semua mangsa banjir dan warga yang tinggal di kawasan yang berisiko agar sentiasa berhubung dengan Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) sekiranya memerlukan sebarang bantuan dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa, bagi mengelak serta mengurangkan impak bencana terhadap nyawa dan harta benda,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat