Muafakat Nasional Gagasan, Bukan Parti’

- Advertisement -

PASIR GUDANG: Umno menyifatkan kegagalan Muafakat Nasional (MN) didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) bukan masalah, sebaliknya wadah penyatuan Melayu dan Islam perlu diteruskan.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, walaupun tidak berdaftar, MN akan meneruskan gagasan besarnya dalam menyatupadukan orang Melayu termasuk melindungi kedudukan serta kepentingan Melayu dan Islam.

Katanya, MN masih wujud dan berfungsi seperti biasa.

“Ini daripada awal semua sudah dinyatakan, MN adalah gagasan yang menyatupadukan, orang Melayu teras kepada masyarakat majmuk.

“Walau apa bentuk MN, tidak akan ada yang bertanding melalui MN. Apabila berdaftar dan menjadi parti politik ia akan terhad,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Pasir Gudang di sini hari ini.

Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada Rabu memberitahu, MN tidak dapat didaftarkan kerana nama itu didakwa sudah digunakan pihak lain dan perlu menukar nama lain jika mahu mendaftarkannya.

Mohamed Khaled berkata, walaupun tidak berdaftar, tidak bermakna MN tidak penting.

Ini kerana, katanya, ia satu wadah penyatuan, semua pihak boleh menyertainya termasuk Parti Amanah Negara (Amanah) atau Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Apa yang paling penting mereka perlu setuju teras politik negara ini adalah orang Melayu dan orang Melayu sebagai teras dalam masyarakat majmuk negara ini.

“MN tidak terhad kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sahaja. Sesiapa pun boleh sokong MN, ini termasuk DAP tetapi mereka kena bersetuju teras politik itu,” – Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat