United, Liverpool Di Puncak Liga

- Advertisement -

LONDON: Manchester United menyamai kutipan mata Liverpool di puncak Liga Perdana Inggeris selepas menewaskan Aston Villa 2-1 di Old Trafford.

Tandukan Anthony Martial lima minit sebelum rehat meletakkan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer di depan, tetapi Bertrand Traore kembali menyamakan kedudukan untuk Aston Villa di babak kedua.

Tiga minit kemudian, Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti untuk kemenangan United selepas Paul Pogba dikasari dalam kotak penalti.

United kini di kedudukan terbaik untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat teratas walaupun memulakan musim dengan memenangi hanya dua daripada enam perlawanan pertama liga.

Ketika pesaing lain tercicir mata sejak beberapa minggu lalu, United mengumpul 26 daripada 30 mata ditawarkan, sekali gus meletakkan diri mereka sebagai pesaing kejuaraan.

“Sudah tentu kami gembira dengan apa yang kami lakukan. Kami membuktikan yang kami bertambah baik selepas setahun.

“Kami lebih cergas dan kuat,” kata Solskjaer.

Setahun lalu, United tewas 2-0 kepada Arsenal dan ketinggalan 24 mata di belakang juara, Liverpool, walaupun bermain lebih dua perlawanan. – AFP

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat