Saya adalah pasukan Muhyiddin kata Hamzah

- Advertisement -

SHAH ALAM — ‘Saya nak maklumkan kepada Tan Sri, I am team player, tegas Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menyatakan dirinya adalah ‘pemain dalam pasukan’ yang diketuai oleh Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu hari ini.

“Saya ini dulu masa muda pemain ragbi untuk universiti dan negeri. Ragbi ini sukan yang bukan sahaja menuntut kepada kecerdasan fizikal dan mental, tetapi penuh dengan strategi dan taktikal berpasukan. Dalam sukan ragbi, semua pemain adalah penting.

“Siapa yang bertindak untuk props dan scrum, siapa yang patut bermain sebagai hooker, locks, flankers dan wings.

“Saya dulu bermain posisi full back, No. 15 dan ‘rugby is a harsh sport played by gentleman’ iaitu sukan lasak yang dimainkan lelaki budiman.

Beliau berkata demikian apabila timbul dakwaan bahawa terdapat kem-kem dalaman parti membabitkan pemimpin tertentu yang menimbulkan spekulasi perpecahan dalaman parti.

Hamzah menambah, barisan kepimpinan baharu kali ini merupakan ‘dream team’ (pasukan impian) bagi parti Bersatu yang inklusif.

“Kita berhujah dengan idea, bukan mengaibkan hingga sanggup membunuh karakter lawan, kita berpolitik secara persuasive dan unifier atau memujuk dan mempersatu kerana Bersatu percaya kepada keharmonian yang melengkapi antara satu sama lain,” jelasnya lagi.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat