Mukhriz nafi pernah jadi Penasihat Aman Palestin

- Advertisement -

CYBERJAYA – Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini tampil menafikan dakwaan pernah menjadi penasihat Aman Palestin dan menegaskan beliau tiada sebarang kaitan dengan NGO itu.

Memetik laporan FMT, penafian itu menyusul selepas catatan lama Aman Palestin mengucapkan tahniah kepada “Datuk Mukhriz”, yang dikatakan penasihatnya atas penganugerahan darjah kebesaran Kedah, yang muncul semula di media sosial, menimbulkan persoalan mengenai hubungan Mukhriz dengan NGO itu.

“Saya bukan penasihat mereka dan sudah meminta AP (Aman Palestin) memadamkan catatan mereka. Saya tak pernah menjadi penasihat mereka,” kata bekas menteri besar Kedah, seperti dilaporkan FMT.

Terdahulu, Aman Palestin kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan penyalahgunaan dana sumbangan RM70 juta.

Minggu lalu, agensi antirasuah itu membekukan 41 akaun bank membabitkan dana lebih RM15 juta, yang dikaitkan dengan Aman Palestin dan beberapa entiti lain.

Manakala Isnin lalu, peguam Aman Palestin, Rafique Rashid Ali memberi tempoh tiga hari kepada SPRM supaya menyahbekukan akaun bank NGO itu atau berdepan tindakan undang-undang.

Sementara itu, bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad pula turut menggesa SPRM membenarkan Aman Palestin menggunakan semula akaun yang disiasat bagi menyampaikan bantuan musim sejuk ke negara Timur Tengah yang dilanda perang, sementara siasatan diteruskan.

Mengulas gesaan tersebut, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebaliknya berkata, ia tidak akan menyahbekukan akaun Aman Palestin dan tiada akaun akan dinyahbekukan sehingga siasatan selesai.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat