Dua PPS dibuka, mangsa banjir di Johor meningkat kepada 582 orang

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Mangsa banjir di Johor meningkat kepada 582 membabitkan 151 keluarga sehingga 8 malam hari ini.

Menurutnya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, jumlah itu meningkat berbanding 538 mangsa daripada 163 keluarga yang dilaporkan jam 4 petang tadi.

Katanya, sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka membabitkan PPS Dewan Muafakat Kampung Cahaya Baru yang menempatkan 270 penduduk daripada 67 keluarga dari Kampung Sentosa Damai dan Kampung Sentosa Barat.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara menempatkan 312 mangsa membabitkan 84 keluarga dari Kampung Paya Kenanga, Kampung Pasir Tebrau dan Kampung Kangkar Tebrau. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat