Banci Pertanian 2024 bantu perancangan pertanian moden 10 tahun akan datang – Rafizi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Perangkaan (DOSM) akan memulakan Banci Pertanian 2024, iaitu usaha pengumpulan data menyeluruh mengenai industri pertanian di seluruh negara.

Rafizi Ramli berkata, bancian oleh agensi Kementerian Ekonomi itu sebagai usaha memodenkan industri pertanian ke arah kestabilan penawaran dan permintaan serta keterjaminan makanan.

Malah katanya, banyak pula bergantung kepada guna tanah bagi tujuan pertanian, serta kemampuan negara menggerakkan lebih banyak guna tenaga ke dalam sektor pertanian.

“Semua ini tidak akan berlaku hanya melalui slogan atau arahan dasar. Ia memerlukan data yang lengkap dari seluruh negara – berapa banyak tanah yang digunakan untuk pertanian, tanaman apa yang diusahakan, mutu tanah yang berbeza-beza, topografi bumi, jumlah pekerja, kos untuk menghasilkan produk pertanian dan sebagainya,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Mengulas lanjut, ramai yang tahu bahawa salah satu punca Malaysia terdedah kepada risiko kenaikan harga makanan mendadak ialah kerana industri pertanian berkaitan makanan bukanlah aktiviti besar dalam ekonomi negara.

“Memang betul kita ada sumbangan yang besar kepada ekonomi dari sektor pertanian, tetapi ia lebih kepada industri perladangan besar-besaran untuk kelapa sawit.

“Jadi apa kena mengena tugas Kementerian Ekonomi dengan industri pertanian moden? Kementerian Ekonomi adalah perancang dan penyelaras kepada semua kementerian dan agensi dalam perkara-perkara yang bersabit ekonomi.

“Hala tuju pertanian negara adalah kunci untuk memperbaiki beberapa kekangan utama dalam ekonomi, seperti import makanan yang tinggi, kenaikan harga makanan dan pengwujudan peluang pekerajaan di kawasan luar bandar untuk menghidupkan ekonomi luar bandar,” katanya.

Jelas Rafizi lagi, Banci Pertanian dijalankan oleh pentadbiran terdahulu sebanyak tiga kali sahaja sebelum ini, iaitu semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman (1960), Tun Hussein Onn (1977) dan Tun Abdullah Badawi (2005).

” Ia langsung tidak dijalankan semasa pentadbiran Tun Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Najib Razak – yang memberi gambaran bagaimana dalam dekad-dekad terdahulu, tumpuan perancangan pertanian tidak menggunakan data yang paling terkini dan tepat.

“Saya teruja dengan dapatan Banci Pertanian 2024 ini yang akan membantu perancangan pertanian moden negara untuk 10 tahun akan datang.

“Saya tahu ada yang terus melalak mana hasil, Insya-Allah perancangan yang baik, dari data yang lengkap, disusuli dengan pelaksanaan berfokus, akan merungkai masalah keterjaminan makanan dan kestabilan penawaran dan permintaan makanan dari satu tahun ke satu tahun.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat