Wan Rosdy Akan Mohon Pelebaran Jajaran ECRL Di Pahang

- Advertisement -

TIOMAN – Pahang akan mengemukakan cadangan kepada Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) bagi melebarkan jajaran projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke Rompin, Pekan, Raub dan Kuala Lipis.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, bagaimanapun pelebaran jajaran ECRL itu masih di peringkat cadangan dan bagi merealisasikan projek pengangkutan itu, kerajaan negeri akan membuat permohonan kepada MRL.

“ECRL sambung ke Rompin itu cadangan, maknanya sekarang ini sudah ada jajaran dari Kelantan, Terengganu dan Bentong, Pahang sampai ke Kuala Lumpur.

“Kita tak mahu bila siap nanti berhenti di situ saja jadi kerajaan negeri bercadang, merancang jajaran itu dilebarkan ke Pekan, Rompin dan ke Raub dan Kuala Lipis. Tapi itu masih di peringkat cadangan dan kita akan buat permohonan kepada MRL,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penerangan Isu Air Bersih di Hotel Seri Malaysia pada Khamis.

Bagaimanapun, Wan Rosdy memaklumkan rancangan pelebaran jajaran ECRL itu masih belum ada sebarang keputusan lagi.

Untuk rekod, ECRL akan beroperasi pada 1 Januari 2027 menyaksikan negara akan memiliki sistem yang lebih canggih dan moden di negeri-negeri Pantai Timur selain memendekkan waktu perjalanan ke Kuala Lumpur-Kelantan-Kuala Lumpur kepada 4 jam berbanding 6 hingga 7 jam pada kebiasaan.

Sementara itu, ditanya berkenaan naik taraf jalan raya dan infrastruktur yang membelenggu rakyat negeri itu terutama Kuantan ke Tioman, Wan Rosdy menyatakan bahawa kerajaan negeri telah memohon tambahan peruntukan untuk melaksanakan kerja-kerja baik pulih jalan.

“Untuk naik taraf kita dah mohon peruntukan tambahan, malah Lebuhraya Tun Abdul Razak (Kuantan-Segamat) juga sedang di naik taraf dan ia memakan masa, tak boleh siap serta merta,” jelas beliau. – Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat