Pemuda Pas Dulu Sampai Tak Ada Bulu Dada, Hairan Macam Mana Pas Kini Mewah – Mat Sabu

- Advertisement -

ROMPIN – Presiden Amanah, Mohamad Sabu mempersoalkan sumber kewangan Pas dan Perikatan Nasional (PN) yang dilihat sangat mewah berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) baru-baru ini.

Beliau yang sebelum ini pernah bersama Pas selama 37 tahun begitu hairan melihat kemewahan Pas sewaktu berkempen pada PRU-15 kerana katanya, umum maklum hanya Umno yang mampu untuk bermewah ketika pilihan raya.

“Saya hairan sebab saya dalam Pas lebih 37 tahun, tapi tahun ini Pas cukup mewah dalam pilihan raya. Bukan kata kami (Amanah) terkejut, Umno pun terkejut sebab kami dulu tahu yang mewah ni Umno.

“Tapi sekarang Pas pun dah mewah. Pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pun hairan Pas ambil duit mana? Kita lihat mereka mewah dari segi bendera, upah jentera dan juga rancak di TikTok, ambil duit di mana? soal Mohamad ketika menyampaikan ceramah umum PRU15 Dun Tioman di Rompin, malam tadi.

Justeru beliau mendesak kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyiasat sehingga ke akar umbi sumber kemewahan Pas.

“Saya harap kerajaan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim siasat hingga akar umbi. Kami dulu Pemuda Pas bila nak pilihan raya masuk hutan cari buluh sebab nak pacak bendera nak lawan Barisan Nasional (BN) bukan senang.

“Kemudian kami panjat pokok kelapa sebab itu Pemuda Pas dulu, bulu dada tak ada kerana panjat pokok kelapa, bulu dada habis. Sekarang semua pakai kren, takpa mereka ada duit… cuma kita nak tahu, duit daripada mana? Saya meskipun sebagai presiden parti nak pilihan raya kutip derma merata daripada kawan-kawan dan akhirnya kita dapat bertanding nasib baik majoriti besar kali ini,” kata Mohamad lagi.

Tambah beliau lagi sewaktu pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ketika itu zaman darurat malah banyak projek besar dibuat secara tender runding bukan tender terbuka .

“Kita kena lawan ketirisan, terlalu banyak. Kita harap Anwar kotakan janji lawan rasuah dan insyallah Malaysia akan jadi negara yang hebat dan kuat pada masa akan datang.

“Sekurang-kurangnya mereka yang jadi pembangkang tak apa kritiklah kami, hentamlah kami tapi berilah peluang kami memerintah 5 tahun, jangan lagi berlaku peristiwa Langkah Sheraton,” ujar beliau.

Dalam perkembangan lain, Mohamad juga menyebut selepas sahaja bertukar tampuk pemerintahan telur ayam pun muncul di pasaran.

“Apabila Anwar ditabal jadi Perdana Menteri kita lihat perutusan sedunia sokongan dari seluruh dunia, ringgit pun dah naik sikit telur pun ayam pun dah mula ada.

“Mereka sembunyikan telur selama ini sebab kerajaan sebelum ini memang kerajaan tak ada telur,” selorohnya.

Tambah beliau, kerajaan hari ini akan mendengar teguran membina rakyat dan meraikan kritikan pembangkang.

“Kita akan membina Malaysia yang lebih baik untuk semua kaum dan semua agama dengan menjunjung Perlembagaan Malaysia.

“Mulakan kerjasama PH-BN di Tioman agar Malaysia kembali jadi Tiger of Asia,” seru beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat