Pahang peruntuk RM103.8 juta selesai masalah bekalan air di Tioman – Wan Rosdy

- Advertisement -

TIOMAN – Kerajaan Negeri Pahang telah memperuntukkan bajet sebanyak RM103.8 juta bagi menyelesaikan projek bekalan air di DUN Tioman secara berfasa di bawah kendalian Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, di DUN Tioman sahaja membabitkan tujuh projek dan setakat ini dua projek telah siap sepenuhnya manakala lima lagi di peringkat pra pembinaan yang mana melibatkan kerja-kerja meningkatkan tekanan air dan juga membekalkan air terawat.

“Saya tadi bersama pemimpin masyarakat DUN Tioman telah mendengar taklimat daripada Ketua Pegawai Eksekutif PAIP, Saiful Zaini Mohd Bokhari yang memperincikan kedudukan sebenar apa yang telah, sedang dan akan kita laksanakan supaya dapat menangkis tohmahan bawa Kerajaan Pahang sambil lewa dan tidak mengambil apa-apa tindakan bagi menyelesaikan isu bekalan air di DUN Tioman dan Pahang secara keseluruhannya.

“Saya ingin memaklumkan kita telah menyediakan peruntukan sebanyak RM103.8 juta bagi menyelesaikan masalah air di Tioman manakala RM900 juta diperuntukkan bagi seluruh negeri Pahang. Peruntukan kewangan semua dah ada tinggal nak laksanakan saja, projek air ini kena rancang dan buat secara berperingkat kerana jika buat sekali gus ia akan menyusahkan rakyat,” jelas Wan Rosdy pada sidang media selepas Majlis Penerangan Isu Air Bersih di Hotel Seri Malaysia pada Khamis.

Menurut beliau lagi, projek bekalan air di Tioman ini apabila siap sepenuhnya akan memanfaatkaan 10,000 akaun pengguna.

“Projek air ini kita buat secara berperingkat, tak buat sekali gus tetapi pokoknya kita telah berikhtiar dan berusaha supaya masalah bekalan air di Pahang ini akan kita selesaikan 90 peratus dalam tempoh lima tahun dari sekarang.

“Kos keseluruhan untuk satu Negeri Pahang membabitkan jumlah RM900 juta, ini semua dalam perancangan.

“Kalau ada tuduhan kita abaikan… tak buat, itu tak betul sebab kita tahu untuk membaik pulih bekalan air ini ia harus dibuat berperingkat duit dah ada, pelaksanaan saja kita dah ada peruntukan sebab Pahang ini luas kita kena rancang tak mahu susahkan penduduk,” jelas beliau.

Wan Rosdy menyatakan dua daripada tujuh projek yang telah siap itu bertempat di Kampung Sepayang, Tanjung Gemuk, Setajam, Parit Raja, Janglau, Pontian, Pianggu, Merchong, Sabak, Leban Chondong dan Bandar Rompin juga Kampung Merlak yang melibatkan projek meningkatkan tekanan air dan bekalan air terawat.

Manakala katanya, lima lagi projek masih di peringkat pra-pembinaan yakni membina dan menyiapkan Loji Rawatan Air (LRA) Sepayang Fasa 2, pembinaan rumah pam dan tangki sedutan berkapasiti, pemasangan paip serta projek bekalan air luar bandar.- Suara.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat