Hadiri kenduri rakyat esok, Anwar perlu lebih masa umum Kabinet

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menghadiri program Solat Jumaat dan Kenduri Rakyat di Parlimen Tambun esok.

Ia bertujuan bagi meraikan kemenangan selepas berjaya menawan kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Sehubungan itu, pengumuman senarai Kabinet yang baharu dijangka akan ditangguhkan berikutan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkenaan memerlukan lebih masa untuk memuktamadkan anggota Jemaah Menteri.

Perkara itu juga difahamkan berikutan Anwar perlu mempertimbangkan beberapa nama yang dikemukakan oleh parti-parti lain selain PH yang membentuk Kerajaan Perpaduan.

Memandangkan Yang di-Pertuan Agong akan berangkat ke luar negara Sabtu ini, Anwar akan mentadbir kerajaan tanpa Kabinet dalam tempoh kira-kira dua minggu selepas menjadi Perdana menteri pada 24 November lalu.

Pengumuman barisan Jemaah Menteri kerajaan baharu ini mengalami kelewatan selepas pelantikan Perdana Menteri tertangguh selama enam hari.

Ia selepas keputusan PRU-15 lalu menyaksikan Parlimen dalam keadaan tergantung selepas tiada gabungan parti politik yang menang dengan majoriti 112 kerusi.

Bagaimanapun, Kerajaan baharu kemudian dapat dibentuk selepas Yang di-Pertuan Agong mencadangkan pembentukan Kerajaan Perpaduan yang diterajui PH dengan bersama-sama sokongan parti gabungan lain tetapi tidak termasuk Perikatan Nasional (PN).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat