Kabinet Kerajaan Perpaduan hanya ada 25 Jemaah Menteri sahaja?

- Advertisement -

CYBERJAYA: Kabinet Kerajaan Perpaduan difahamkan akan melibatkan seramai 25 orang sahaja Jemaah Menteri, pengurangan 60 peratus berbanding kerajaan terdahulu.

Pelbagai media sejak Selasa lalu mula melaporkan spekulasi tentang pengumuman barisan menteri yang akan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terbaharu, teka-teki pengumuman Kabinet dijangka akan dilakukan hari ini.

Menurut Utusan Malaysia yang memetik sumber, Anwar difahamkan akan melakukan pengumuman hari ini memandangkan beliau tiada program luar sejak semalam dan hanya berada di pejabatnya, dipercayai sebagai persediaan untuk mengumumkan Kabinet.

Selain itu, difahamkan juga, dua timbalan perdana menteri akan dilantik iaitu pimpinan daripada dua blok terbesar selain Pakatan Harapan (PH) iaitu Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Kelmarin, Anwar julung kali menghadap Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri, selepas dilantik memegang jawatan itu minggu lalu iaitu sehari lebih awal berbanding hari Rabu.

Tindakan Anwar itu turut dikaitkan dengan kesediaan Anwar mengumumkan Kabinet beliau.

Selepas seminggu mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada Khamis minggu lalu, Anwar belum mengumumkan Kabinet, dipercayai kerana masih berbincang dengan parti-parti yang membentuk kerajaan perpaduan dan memikirkan keadilan kepada mereka.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat