Ahli Parlimen PN akan pantau kementerian Kerajaan Perpaduan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Perikatan Nasional (PN) akan melantik beberapa ahli Parlimen bagi memantau sesebuah kementerian untuk memastikan gabungan itu menjadi pembangkang yang konstruktif dan efektif kepada kerajaan sekarang.

Ahli Majlis Tertinggi PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, peranan PN sebagai pembangkang akan diagihkan dalam kalangan 73 ahli Parlimen gabungan itu.

“Kita mempunyai 73 ahli Parlimen…mungkin tiga orang akan ‘incharge’ (pantau) satu kementerian dan sebagainya.

“Apa yang penting adalah pemantauan dalam kalangan ahli Parlimen PN ke atas sesuatu kementerian. Kita juga akan memberi cadangan apatah lagi kita pernah ada dalam kerajaan sebelum ini, ” katanya lapor BH.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin berkata, PN dalam usaha menyusun ‘Kabinet bayangan’ dengan kepakaran dimiliki gabungan itu yang akan bertindak sebagai semak dan imbang kepada Kerajaan Perpaduan.

Khairil Nizam berkata, PN bersedia untuk memainkan peranan sebagai pembangkang yang konstruktif, kolaboratif, bertanggungjawab dan setia demi menjamin kemaslahatan negara.

Beliau juga optimis kerjasama antara kerajaan dan pembangkang boleh terjalin sepertimana sebelum ini untuk bersama-sama menyelesaikan masalah negara dan mengangkat Malaysia kembali ke persada dunia.

Dalam pada itu, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS berkata, PN akan terus menggesa kerajaan mengambil kira konsep federalisme iaitu sesiapapun menjadi kerajaan, namun pembangunan di peringkat negeri tidak boleh diketepikan.

“Apa pun ideologi yang dibawa tidak boleh menjadi sebab untuk menghalang pembangunan di sesebuah kawasan,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat