1,552 Pesakit Covid-19 Pulih, 1,467 Kes Baru Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini kekal empat angka selepas melaporkan sebanyak 1,472 kes dengan kes tertinggi dicatatkan di Selangor sebanyak 891.

Angka kes jangkitan juga termasuk daripada dua kluster baharu yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes positif sebanyak 67,169 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, 1,467 kes adalah penularan tempatan manakala lima adalah kes import.

“Terdapat dua kluster baharu dilaporkan di Kota Kinabalu, Sabah iaitu Kluster View Kolombong dan Talang-Talang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham berkata, tiga lagi kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan membabitkan dua warganegara dan satu warga asing menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 363.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 1,552 kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih adalah 56,311 setakat hari ini.

“Sebanyak 120 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 44 kes memerlukan bantuan pernafasan. -Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat