Johor Catat 68 Kes Baru Covid-19

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Johor mencatatkan 68 kes baharu Covid-19 hari ini sekali gus mencatatkan jumlah tertinggi untuk minggu ini.

Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan, daerah Batu Pahat mencatatkan jumlah kes paling tinggi iaitu 40 kes diikuti Johor Bahru dengan lapan kes.

Selain itu daerah Segamat mencatatkan enam kes positif dan diikuti Muar (lima), Kluang (dua), Tangkak (dua), Kota Tinggi (satu) dan Kulai (satu).

“Terdapat tiga kes import manakala jumlah kes sembuh pula dicatatkan 26 orang,” jelas jabatan itu.

Semalam, negeri ini mencatatkan 54 kes positif Covid-19. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat