Tiada syarat 80 peratus kandungan tempatan dalam lesen penyiaran – MCMC

CYBERJAYA,– Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menafikan dakwaan bahawa Malaysia diwajibkan memansuhkan syarat lesen penyiaran yang menetapkan 80 peratus kandungan tempatan susulan perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat.

MCMC dalam kenyataan hari ini menjelaskan bahawa dakwaan tersebut tidak benar dan mengelirukan, serta tidak mencerminkan kerangka pelesenan penyiaran yang berkuat kuasa di negara ini.

Menurut suruhanjaya itu, di bawah lesen Content Applications Service Provider Individual (CASP) atau lesen penyiaran individu yang dikeluarkan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), tiada syarat kuota kandungan tempatan 80 peratus dikenakan terhadap mana-mana penyiar swasta di Malaysia.

“Lesen semasa memberi kebebasan kepada penyiar untuk menentukan kandungan masing-masing berdasarkan garis panduan dan piawaian kandungan yang ditetapkan oleh MCMC,” jelas kenyataan itu.

MCMC turut menjelaskan bahawa lesen penyiaran di bawah AKM 1998 tidak mengandungi sebarang larangan terhadap penyiaran kandungan antarabangsa pada waktu perdana.

Penjadualan kandungan, tambah MCMC, adalah bergantung kepada keputusan penyiar berdasarkan permintaan pasaran dan tertakluk kepada peraturan kandungan sedia ada.

Dalam masa yang sama, kerajaan kini sedang membangunkan Dasar Penyiaran Negara (DPN) bagi memastikan ekosistem penyiaran negara kekal mampan, memperkukuh pembangunan kandungan tempatan yang berkualiti serta mewujudkan tadbir urus yang telus dan saksama bagi penyiar awam, swasta dan platform antarabangsa.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat