Umno Alor Gajah Sambut Baik Kehadiran Shahril Hamdan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Umno Bahagian Alor Gajah menyambut baik kehadiran Ketua Penerangan Umno, Shahril Suffian Hamdan untuk bertanding di Parlimen itu.

Ketua Umno Bahagian Alor Gajah, Datuk Rospandi Leman berkata, Umno di situ sudah lama mendambakan wakil rakyat dari Umno dan dengan kehadiran Shahril memberikan bonus kepada mereka kerana beliau calon muda yang berpotensi.

“Kami menerima semua calon diarahkan pucuk pimpinan walaupun Shahril datang dari Kuala Langat tapi kita satu keluarga.

“Jentera di Alor Gajah akan bekerja keras memastikan kemenangan Shahril. Kami akan pastikan beliau menang dengan jayanya,” ujar beliau ketika ditemui media Menara Datuk Onn selepas Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional (BN) malam ini.

Rospandi juga menyatakan mereka menerima dan menyambut baik semua calon yang dinamakan pucuk pimpinan parti.

“Kami tahu Alor Gajah sudah lama menjadi kerusi MCA. Tapi 60 peratus pengundi di sana merupakan orang Melayu.

“Bagi mendekati pengundi di sana nanti kami akan gunakan budi bahasa orang Melayu dengan adat dan menghormati bagi menyantuni pengundi,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat