Shahidan sahkan ‘gempur’ Rozabil di Arau, PN mungkin jadi pilihan

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bekas Ahli Parlimen Arau, Dato’ Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mengempur Arau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Jelasnya, beliau berkemungkinan akan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN).

“Saya calon boleh menang, saya akan bertanding. Saya tanya cawangan-cawangan dulu saya akan bertanding atas tiket apa.

“Saya akan memilih parti yang menggerak ke arah muafakat nasional. Setakat ini, belum ada perbincangan lagi, tapi mereka sudah maklum tentang apa yang berlaku terhadap saya.

“Kalau saya Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi beri saya alasan yang kukuh tidak boleh bertanding, dia (Zahid) juga tidak layak bertanding.” Katanya.

Terdahulu sebentar tadi, Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahidi Hamidi mengumukan calon BN P003 Arau muka baharu iaitu Rozabil bin Abdul Rahman bagi mengantikan Dato Seri Shahidan Kassim.

Sementara itu kata Shahidan lagi, Ahmad Zahid Hamidi melakukan perbuatan sumbang politik dengan menghantar orang luar untuk bertanding di Arau dan Padang Besar.

Dia (Ahmad Zahid) patut berhenti jadi Presiden kerana memecah belahkan umat.

Rozabil orang Pulau Pinang dan bekas Setiausaha Politiknya, tak sangka dia melawan saya balik, ujar Shahidan.

“Ini dengan bangganya pilih hantar calon dari luar (Parlimen Arau) (Padang Besar). Inilah adalah perbuatan sumbang politik yang tidak patut berlaku. Dia wajar berhenti jadi presiden kerana memecah belahkan perpaduan ummah,”

“Rozabil adalah orang luar dari Pulau Pinang yang tidak mempunyai apa-apa jawatan dalam parti.

“Dia (Rozabil) orang Pulau Pinang, dia mai jenguk-jenguk Perlis saya lantik sebagai Setiausaha Politik dan akhirnya saya tidak sangka dia melawan saya balik.

“Apa yang pasti Insya-Allah comfirm saya akan bertanding.” tegasnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat