Khairy Sah Tanding Sungai Buloh, Jamal Di Sungai Besar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sah bakal merebut kerusi P107 Sungai Buloh selepas puas berteka-teki memandangkan kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya diserahkan kepada Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang hadir ceria di Dewan Tun Hussein Onn ketika Majlis Pengumuman Calon Barisan Nasional (BN) mengesahkan bakal dicalonkan di Parlimen Sungai Buloh.

“Sah, saya tanding P107 Sungai Buloh,” ujarnya ringkas.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos pula memaklumkan beliau ditempatkan BN bagi merebut kerusi Parlimen Sungai Besar.

“Ya saya tanding di Sungai Besar,” kata Jamal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat