Akar Umbi Kuala Kangsar Desak Kekalkan Mastura Yazid Calon BN P.067

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Akar umbi Parlimen Kuala Kangsar hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap Datuk Mastura Yazid untuk kekal sebagai Calon Barisan Nasional P.067.

Ketua Cawangan Umno Kuala Kangsar, Jamalul Zamri Zakaria berkata, khidmat cemerlang Datuk Mastura telah membuktikan beliau adalah calon yang layak di kerusi berkenaan.

“Saya mewakili akar umbi Parlimen Kuala Kangsar, untuk menyatakan kepada kepimpinan terutama Presiden bahawa kami selaku pengundi di Kuala Kangsar mahukan agar Datuk Mastura Datuk Mastura kekal menjadi calon BN until P067 Kuala Kangsar.

“Kita boleh lihat khidmat cemerlangnya selama ini untuk rakyat Kuala. Mudah benar nak menangkannya,” katanya pada sidang media di PWTC hari ini.

Jelasnya lagi, pihaknya juga yakin mampu memenangi kerusi parlimen P.067 dengan mudah sekiranya parti meletakkan Datuk Mastura sebagai calon.

“Jika dia menjadi calon peluang untuk menang besar amat cerah. Kami bagi jaminan kalau orang lain, entah lah. Sokongan untuknya bukan sahaja daripada ahli UMNO namun melangkaui fahaman pelbagai parti dan pengundi tanpa berparti diluar sana.

“Jika BN mahukan kemenangan selesa maka beliaulah orangnya. Kami tegas lan sekali lagi, seperti dengan usul cawangan-cawangan Umno Kuala Kangsar dalam mesyuarat agong yang lalu, kami mahu Datuk Mastura kekal di Parlimen Kuala Kangsar,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,482FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat