MIC Boikot Pengumuman Calon BN?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) dari MIC tidak kelihatan pada majlis pengumuman calon Parlimen BN untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Tinjauan dalam Dewan Tun Hussein Onn mendapati tiada pemimpin MIC yang hadir.

Sebelum ini, sebuah portal berita mendakwa pucuk pimpinan MIC telah memanggil mesyuarat tergempar Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) yang akan diadakan pagi esok untuk membincangkan kemungkinan menarik diri daripada PRU15 kali ini.

Mesyuarat tergempar dilapor akan diadakan pada jam 10 pagi esok di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, MIC dijangka bertanding 10 kerusi Parlimen dan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak dan satu DUN di Pahang pada PRU15 ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat