Karnival Anak Muda Sungai Petani sasar 3,000 pengunjung

- Advertisement -

SUNGAI PETANI – Yayasan Jariah Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Majlis Pembandaran Sungai Petani (MPSP) dan Al-Fateh Group Sdn Bhd akan menganjurkan Karnival Anak Muda pada 4 November 2022 bertempat di Dataran Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah.

Menurut Ketua Penyelarasan Program, Nurul Alia Natasha karnival yang dianjurkan buat julung kalinya di Sungai Petani itu akan memfokuskan peranan dan peluang yang disediakan oleh MARA dan MARA Corp dalam membangunkan masyarakat luar bandar sekaligus meningkatkan produktiviti anak muda.

”Karnival Anak Muda yang berlangsung selama satu (1) hari itu akan memfokuskan pada pameran Pendidikan, Kemahiran dan Kerjaya dengan menampilkan penglibatan beberapa agensi di bawah Mara dan Mara Corporation Sdn Bhd mengenai peluang yang di tawarkan untuk anak muda di luar bandar.

“Generasi muda luar bandar seharusnya diberikan peluang untuk mengetahui secara lebih terperinci tentang kemudahan yang disediakan oleh kerajaan di bawah KPLB dan pendedahan melalui karnival ini amat penting bagi mengelakkan meraka terlepas merebuti peluang besar yang disediakan khas untuk mereka,” katanya.

Nurul Alia turut menjelaskan karnival yang akan dirasmikan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas 1 Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Shahanim binti Mohamad Yusoff, Datuk Shahanim Mohamad Yusoff itu mensasarkan sekitar 3,000 pengunjung bakal membanjiri program tersebut.

”Selain gerai jualan produk, pelbagai aktiviti lain bakal disediakan sepanjang karnival seperti pertandingan E-Sport, Sukan Rakyat, gerai pameran, cabutan bertuah, persembahan kebudayaan dan sebagainya.

”Untuk E-Sport penganjur menyediakan hadiah keseluruhan berjumlah RM6,000.00 bagi peserta Mobile Legends & PUBG dan sebiji motosikal serta peralatan elektrik untuk cabutan bertuah,” jelasnya lagi.

Kepada yang berminat untuk menyertai karnival yang diadakan itu, meraka boleh menghubungi Urusetia Media, Shaffi Adam 011-2326 6844 atau Farhan Ruslee 012-2425823 untuk maklumat lanjut.

-ends-

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,480FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat