Majlis Perasmian Para Sukma 2022 Berlangsung Meriah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Temasya Para Sukan Malaysia (Para Sukma) 2022 membuka tirai hari ini dengan majlis perasmian berlangsung meriah, dihadiri lebih 1,100 atlet dan pegawai di Arena Axiata, Bukit Jalil dekat sini.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk kesemua 15 kontinjen bertanding termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan, sebelum diteruskan dengan ucapan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Penganjuran temasya Para Sukma menjadi satu platform terbaik untuk mengetengahkan bakat-bakat sukan atlet kelainan upaya daripada seluruh negara.

“Temasya edisi ke-20 ini juga menjadi medan sebelum mana-mana atlet diketengahkan ke pentas saingan yang lebih tinggi,” katanya pada majlis itu.

Majlis kemudian diteruskan dengan gimik pelancaran yang disempurnakan oleh penaung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) Tun Jeanne Abdullah.

Persembahan nyanyian kumpulan orang kelainan upaya (OKU) penglihatan dan pendengaran selepas itu menggamatkan suasana, diikuti penampilan ratu rock negara Ella yang mengalunkan lagu popularnya ‘Standing In the Eyes Of The World’.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Datuk Jana Santhiran Muniayan, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Presiden MPM Datuk Seri Megat D.Shahriman Zaharuddin.

Sebanyak 294 acara daripada 10 jenis sukan iaitu boccia, renang, badminton, catur, boling padang, memanah, olahraga, ping pong, powerlifting dan tenpin boling dipertandingkan pada Para Sukma 2022 kali ini. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat