Tak Mustahil BN Tawan Kelantan, Kata Ahmad Jazlan

- Advertisement -

CYBERJAYA: BN Kelantan menyasarkan untuk menang lebih sembilan kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut Pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, ia berdasarkan sokongan rakyat terutama pengundi muda serta pengundi luar yang amat memberangsangkan terhadap BN.

“Saya pernah kata, kita menyasarkan sembilan kerusi tetapi mungkin boleh menang lebih daripada itu sebab sambutan daripada pengundi di negeri ini sangat memberangsangkan.

“Oleh itu, tidak mustahil BN Kelantan mampu menawan semula negeri ini pada PRU-15 berdasarkan rekod pencapaian, selain gelombang rakyat yang mahu menyokong BN,” katanya lapor Berita Harian.

Dalam pada itu, Ahmad Jazlan yang juga penyandang kerusi Parlimen Machang menegaskan, pihaknya tidak tergugat dengan calon daripada Parti Bersatu yang akan bertanding menggunakan lambang PAS.

“Saya juga tidak nampak ada kelebihan apabila Bersatu menggunakan logo PAS, kerana pengundi tahu mereka daripada parti mana sebenarnya.

“Rakyat tidak akan terperdaya dengan taktik itu. Bagaimana pengundi mahu menyokong sedangkan mereka tidak yakin dengan lambang parti sendiri.

“Lebih baik mereka mengumumkan keluar Bersatu dan menyertai PAS. Namun, saya pasti rakyat dapat menilai,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat