PM Umum Bantuan Khas Kewangan (BKK) Untuk Veteran Angkatan Tentera Malaysia Tidak Berpencen

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerajaan memaklumkan bahawa Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM350 secara one-off kepada 1 juta pesara kerajaan akan diberikan kepada golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak berpencen.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan ini selaras dengan amalan semasa kerajaan yang prihatin terhadap golongan veteran ATM tidak berpencen agar turut menerima BKK.

“Inisiatif ini telah dilaksanakan pada Bajet 2021 di mana sebanyak RM300 telah diberikan kepada kumpulan pesara.

“Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) menganggarkan sehingga kini terdapat kira-kira 300,000 veteran ATM yang terdiri daripada veteran ATM berpencen, pencen terbitan dan veteran ATM tidak berpencen,” katanya.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, hanya seramai 82,000 veteran ATM tidak berpencen telah berdaftar dengan JHEV sehingga 30 September 2021.

Oleh itu jelasnya, veteran ATM tidak berpencen yang belum berdaftar disarankan untuk berbuat demikian dengan JHEV agar BKK dapat disalurkan kepada mereka menjelang bulan Januari 2022.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat