Semua 49 Rakyat Malaysia Di Sudan Selamat – Wisma Putra

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Kesemua 49 rakyat Malaysia, termasuk 25 pelajar di Sudan dilaporkan berada dalam keadaan selamat susulan demonstrasi besar-besaran yang diadakan di seluruh negara tersebut pada 30 Oktober 2021, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).

Kementerian dalam satu kenyataan pada Isnin memaklumkan seorang warganegara Malaysia telah meninggalkan Sudan pada 28 Oktober 2021, manakala 17 rakyat Malaysia dan seorang rakyat Thailand yang bekerja dengan PETRONAS masih ditempatkan secara sementara di Kediaman Rasmi Duta.

“Tiada rakyat Malaysia yang terjejas secara langsung. Rakyat Malaysia di lokasi-lokasi lain dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan masing-masing,” menurut kenyataan itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular di Sudan boleh menghubungi Kedutaan Malaysia, atau Wisma Putra menerusi saluran-saluran berikut:

Kedutaan Malaysia di Khartoum: +249 99 070 0350

E-mel : [email protected]

Media sosial : @Malawakil, Khartoum (Facebook)@MYEmbKhartoum (Twitter)

Wisma Putra: 03-88874201 / 4530 (waktu pejabat), 03-88874570 (selepas waktu pejabat). – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat