Menteri Besar Kedah Dikurnia Gelaran Datuk Seri

- Advertisement -

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengetuai senarai penerima Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang ke-79.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pendaftar Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Kedah, Datuk Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (SPMK) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima gelaran sama ialah Pengarah Urusan Weststar Holdings Sdn. Bhd, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim yang menjadi satu-satunya penerima Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati (SSDK).

Selain itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Asri Hamidin dikurniakan Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (DGMK) yang membawa gelaran Datuk Wira.

Menurut Ammar, Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Mohammad Abd. Rahman serta Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Wilayah 2, Laksamana Muda Rusli Ahmad pula menerima Darjah Dato’ Setia Pahlawan Negeri Kedah Yang Amat Dihormati (DSPK) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan.

Sementara itu, Speaker DUN Kedah, Juhari Bulat dikurniakan darjah Dato’ Setia Sultan Sallehuddin Kedah (DSSS) yang membawa gelaran Datuk bersama Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kebajikan Kedah, Halimaton Shaadiah Saad dan Pengarah Tanah dan Galian Kedah, Mohd. Fauzi Mustaffa.

Menerusi kenyataan itu juga, Ammar berkata, 15 individu dikurniakan Darjah Dato’ Setia Paduka Kedah (DSDK) yang turut membawa gelaran Datuk termasuk Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahaya; Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Mohd. Yusri Md. Daud; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Zakaria Othman; Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan Kementerian Kesihatan, Dr. Mohd. Fikri Ujang serta Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat.

Sultan Sallehuddin juga turut berkenan menganugerahkan Darjah Dato’ Setia Pahlawan (D.D.S.P) kepada tiga individu selain dua lagi individu menerima Setia Mahkota Kedah (S.M.K).

Penerima teramai bagi senarai yang dikurniakan Darjah dan Bintang Kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke-79 adalah Setia Diraja Kedah (S.D.K) iaitu 33 individu manakala dua penerima diperkenankan untuk menerima Perlantikan Jaksa Pendamai (J.P).

Dalam pada itu, Ammar turut menyatakan bahawa istiadat penganugerahan Darjah-Darjah Setia Bintang-Bintang Kebesaran itu akan diadakan pada 2022 namun gelaran yang dianugerahkan itu boleh diguna pakai secara rasmi bermula hari ini.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat