PM lancar Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara

- Advertisement -

BANGI: Perdana MenterI, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin melancarkan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara (PPVN) serta Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) dalam usaha menjadikan negara sebagai antara hab pengeluar vaksin dan meningkatkan keyakinan terhadap penggunaan vaksin.

Beliau berkata, melalui pelaksanaan PPVN dan penubuhan MGVI, Malaysia mampu mencorak laluan dalam mengeluarkan produk vaksin sendiri yang berkualiti, berkesan dan selamat mengikut syarat ditetapkan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

“Walaupun pembangunan R&D dan penghasilan vaksin ini merupakan suatu pelaburan yang tinggi, tetapi ia berpotensi memberikan pulangan jangka panjang buat Keluarga Malaysia melalui penjimatan kos merawat penyakit selain membawa pelaburan syarikat multinasional ke Malaysia.

“Melalui pelaksanaan PPVN dan penubuhan MGVI ini, modal insan berkemahiran tinggi dalam pelbagai bidang penyelidikan terutamanya yang berkaitan dengan kesihatan dan vaksin akan dapat dilahirkan,” katanya pada majlis pelancaran PPVN dan MGVI di Institut Genom Malaysia (MGI) di sini pada Isnin.

Hadir sama, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

– Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat