Lidah kelu kali pertama bolosi ABPBH

- Advertisement -

UALA LUMPUR: Berkali-kali Acong Sweetchild cuba mempercayai namanya menembusi pencalonan kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPB) Ke-33.

Inilah kali pertama namanya membolosi ABPBH sepanjang 25 tahun bergelar anak seni. Acong tidak menyedari namanya menembusi pencalonan ABPBH 33.

“Lidah kelu dan saya terkedu seketika. Jangan tak percaya, inilah kali pertama nama saya dicalonkan selepas 25 tahun bergelar anak seni.

“Walaupun bukan top 5, tetapi berada dalam kelompok 20 popular pun sudah membuatkan saya tersenyum sampai ke telinga. Syukur atas pencalonan ini, sekurang-kurangnya bakat lawak saya diperhatikan.

“Secara jujurnya, saya masih tidak percaya sampai saat ini. Dalam hati terdetik tentu ada kesilapan teknikal. Nak menangis pun ada, rasa macam kena ‘prank’. Namun, sebenarnya saya tak bermimpi lagi,” katanya kepada BH Online.

 

Acong Sweetchild bersama isteri tersayang, Marya Zuraida. - Foto IG Acong
Acong Sweetchild bersama isteri tersayang, Marya Zuraida. – Foto IG Acong

 

Berkongsi satu insiden lawak, Acong atau nama sebenarnya, Ahmad Fauzi Manat berkata, pada mulanya, dia hanya merakamkan video untuk penganjur ABPBH 33 bagi memberi sokongan kepada rakan artis yang bertanding.

“Apa salahnya merakamkan video sebagai tanda sokongan kepada rakan artis. Malah, saya dengan selamba memberikan contoh dalam video rakaman dengan menyebut nama sendiri dicalonkan dalam kategori tertentu.

“Masa merakamkan video, saya belasah sahaja memberi contoh untuk memudahkan peminat mengundi artis pilihan mereka. Bagaimanapun, penganjur, BH memuatnaik video berkenaan menerusi laman Instagram dengan kapsyen undi saya dalam kategori Artis Komedi Popular. Saya memang terkejut.

“Isteri, Marya Zuraida pun cuba memeriksa nama saya di laman sesawang www.abpbh.com.my. Nyata, nama saya menembusi kategori Artis Komedi Popular. Mahu tak ternganga mulut, biar betul,” katanya sambil ketawa.

Acong memulakan kerjaya seni sebagai vokalis kumpulan Sweetchild pada 1995 dan menghasilkan tiga album. Acong berjinak-jinak dalam dalam dunia lakonan pada tahun yang sama. Selain berlakon, Acong juga dikenali sebagai pelawak.

Album pertama berjudul Berapinya Imaginasiku dihasilkan pada 1995, diikuti album kedua, Anak-Anak Seni yang memuatkan lagu Kau Guriskan Perasaan pada 1996. Seterusnya, album terakhir, Meraih Juara pada 1998 menampilkan lagu Tinggal Sayang Tinggallah Pujaan ciptaan Eddie Hamid yang menjadi siulan hingga hari ini.

Acong juga pernah menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim kedua.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat