Sebuah perayaan cInta di Bali Sabronzo & Dash Berlin

25 September 2025 menjadi tarikh yang terpahat indah dalam lipatan kenangan buat peminat muzik dan dunia hiburan apabila Sabronzo, anggota kumpulan Dolla, secara rasmi diraikan dalam majlis resepsi perkahwinannya bersama DJ antarabangsa terkenal, Dash Berlin. Majlis resepsi yang penuh glamor dan elegan itu berlangsung di Bali, Indonesia, sebuah destinasi romantis yang melengkapkan kisah cinta pasangan ini.

Dua minggu sebelum majlis resepsi di Bali, Sabronzo dan Dash Berlin terlebih dahulu telah disatukan dalam majlis akad nikah yang berlangsung indah dan penuh makna. Dengan suasana sederhana tetapi sarat dengan doa serta restu keluarga dan sahabat terdekat, akad nikah tersebut menjadi titik permulaan rasmi perjalanan baharu mereka sebagai pasangan suami isteri.

Majlis resepsi di Bali dihadiri oleh keluarga, sahabat rapat serta rakan industri hiburan yang turut berkongsi kegembiraan. Suasana malam itu dihiasi dengan dekorasi romantis, iringan muzik indah serta senyuman yang tidak pernah lekang dari wajah pasangan mempelai. Sab tampil anggun dalam busana perkahwinan yang menawan, manakala Dash Berlin kelihatan segak melengkapkan pasangan sempurna.

Sabronzo menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas segala doa serta sokongan yang diterima:

“Terima kasih for all the beautiful coverage and kind words on my recent wedding. Sab dan keluarga sangat tersentuh dengan sokongan dan doa yang diberikan, especially from those who have been following my journey sejak awal lagi. I’m truly grateful for all the warmth and positivity. Semoga kita dapat terus bekerjasama and share more wonderful memories in the future.” – Sabronzo

Rakan seperjuangan dalam kumpulan Dolla, Tabby turut menitipkan ucapan penuh kasih sayang di Instagram:

“so happy for you sister sabronzo bali is really one for the core memories
one of us now locked in for lifers! not that she wasn’t before, cause she’s obviously also married to Dolla AHAHAHAHA jkjk love ya sis really really do.amazing company, crazy times!!!
congratulations lovebirds -Tabby

Sementara itu seorang lagi rakan perjuangan BBYQNGEL yang turut hadir berkongsi rasa gembira di media sosial dengan menulis:

“A celebration of love 💖 Congratulations to the beautiful couple Ryan & Sabrina! So happy to be part of such a lovely wedding, wishing you both a lifetime of love and happiness.” – Angel / BBYQNGEL

Perkahwinan ini bukan sahaja menjadi momen indah buat Sabronzo dan Dash Berlin, malah turut diraikan oleh ribuan peminat yang mengikuti perkembangan mereka. Kisah cinta ini menjadi bukti bahawa cinta mampu menyatukan dua dunia berbeza  seorang bintang pop Malaysia dan seorang DJ antarabangsa dalam sebuah ikatan yang penuh dengan harapan dan doa.

Semoga perkahwinan ini menjadi pintu kepada kebahagiaan, kejayaan, serta kenangan manis yang berpanjangan. Tahniah sekali lagi kepada Sabronzo dan Dash Berlin  semoga bahtera rumah tangga yang dibina ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat