Gred Guru Besar, Penolong Kanan Naik Hingga DG54

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju gred Guru Besar (khas untuk penyandang) dan Guru Penolong Kanan di sekolah rendah ditingkatkan hingga gred maksimum DG54.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bagi Guru Besar Gred DG48 pula tidak akan diturunkan sebagai Guru Penolong Kanan atau guru biasa di sekolah rendah apabila dinaikkan pangkat ke gred DG52 dan DG54 secara ‘time based’ Berasaskan Kecemerlangan (TTBK).

Katanya, laluan kerjaya Guru Cemerlang di sekolah rendah diperluas sehingga ke gred DG52 dan DG54, berikutan 90.68 peratus guru sekolah rendah sudah pun berada di gred siswazah.

“Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG48, diberi peluang untuk dilantik sebagai Guru Penolong di Sekolah Rendah. Justeru, Guru Penolong Kanan di sekolah rendah, tidak hanya terhad kepada Gred DG44 sahaja.

“Selaras dengan keputusan pertama, Guru Penolong Kanan yang sudah dinaikkan pangkat gred yang lebih tinggi, kekal di jawatan terbabit sehingga Gred DG54,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Khas Perdana Menteri bersama warga Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, peningkatan gred jawatan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan ini akan memberi faedah secara langsung kepada seramai 2,047 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di seluruh negara.

Katanya, Kementerian Pendidikan juga sedang mengkaji struktur perjawatan Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Sekolah Rendah melalui cadangan Model Sekolah dengan penetapan gred fleksi sehingga DG54 bagi memastikan kedudukan pentadbir sekolah sentiasa terpelihara, di samping mengekalkan keharmonian dalam kalangan warga sekolah.

Selain itu, katanya kerajaan turut memberi perhatian terhadap isu kadar bayaran Pengawas Peperiksaan Awam dan juga kadar bayaran Pemeriksa Kertas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang tidak setimpal dengan keadaan semasa.

“Pada masa sama, kerajaan juga sedang berusaha mengatasi pelbagai isu membelenggu pendidikan negara seperti penyelenggaraan sekolah-sekolah bagi menjaga aspek keselamatan, elaun penolong kanan sekolah yang perlu dikaji semula dan kekurangan guru yang harus diatasi segera.

“Kerajaan juga menyedari terdapat lima juta murid di 10,250 buah sekolah memerlukan kemudahan ICT yang terkini selaras dengan perkembangan teknologi semasa,” katanya yang juga berharap agar guru terus memainkan peranan dengan berkesan walaupun berdepan cabaran.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat