Xiaomi lancar dua peranti kelas mercu dikuasakan Snapdragon 865

- Advertisement -

Pengeluar telefon pintar terkemuka, Xiaomi memperkenalkan dua peranti kelas mercu terbaharu mereka iaitu Xiaomi Mi 10T dan Mi 10T Pro yang dikuasakan dengan pemproses termaju keluaran Qualcomm.

Sesuai dengan peranti mercu, kedua-dua variasi berkenaan dikuasakan dengan pemproses Snapdragon 865 yang dipadankan bersama keupayaan memori (RAM) 8GB dengan rekaan LPDDR5.

Agak pelik bagi Xiaomi apabila peranti berkenaan hanya menggunakan pemproses Snapdragon 865 dan bukannya variasi kelas tinggi, Snapdragon 865+ yang menawarkan prestasi lebih baik.

Bagi variasi Mi 10T, storan dalaman ditawarkan sehingga 128GB UFS 3.1 manakala untuk versi tinggi Mi 10T Pro sehinggan 256GB.

Penyentuh aspek ciri khusus peranti berkenaan, peranti berkenaan menggunakan sistem keselamatan kekunci pengimbas cap jari yang diintegrasi menerusi butang kuasa.

Kapasiti bateri pula didatangkan dengan 5,000mAh bersama sistem pengecas pantas 33W sesuai bagi pengguna yang sering bergerak dan tidak mahu menunggu masa pengecasan yang panjang.

Peranti baharu ini juga masih mengekalkan sambungan audio 3.5mm dan satu penghargaan buat Xiaomi kerana masih mengekalkan bicu audio berkenaan yang memudahkan pengguna.

Pastinya tumpuan spesifikasi akan melihat kepada keupayaan kamera dan untuk itu, variasi Mi 10T Pro dilengkapi dengan lensa 108 Megapiksel (MP) manakala untuk Mi 10T adalah 64MP sahaja.

 

 

Xiaomi juga prihatin terhadap keperluan pengguna yang gemar menghabiskan masa untuk bermain permainan mudah alih dan kedua-dua variasi peranti ini didatangkan dengan skrin paparan sokongan kadar segar semula 144Hz.

Saiz skrin untuk kedua-dua peranti ini juga adalah sama iaitu 6.67 inci dengan Definisi Penuh Dipertingkatkan (FHD+) termasuk menyokong paparan HDR10+.

Peranti ini ditawarkan menerusi pilihan warna hitam, biru atau perak. Tanda harga untuk peranti baharu Xiaomi berkenaan adalah bermula sekitar RM2,400 sehingga RM3,000 untuk variasi kelas tinggi.

Variasi peranti berkenaan akan tiba di pasaran tempatan pada 6 Oktober ini.

Spesifikasi Mi 10T Pro

• Pemproses: Snapdragon 865

• RAM: Sehingga 8GB

• Storan: Sehingga 256GB

• Kamera: 108MP sudut lebar + 13MP ultra lebar + 5MP lensa makro

• Kamera swafoto: 20MP

• Bateri: 5,000mAh dengan pengecasan pantas 33W

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat