Fahmi Mentor Legend reda diberhentikan

- Advertisement -

WALAUPUN sedih, bekas peserta Mentor Legend, Fahmi Esmail, 32, reda perkhidmatannya sebagai anak kapal ditamatkan syarikat penerbangan AirAsia, hari ini.

Fahmi atau nama sebenarnya Mohd Zulfahmi Esmail berkata, dia memang sudah bersedia dengan kemungkinan pemberhentian pekerja syarikat itu selepas terkesan teruk akibat pandemik Covid-19.

“Saya tahu pemberhentian ini akan berlaku juga. Disebabkan itu, saya sudah bersedia dari segi mental kerana bukan saya seorang sahaja pun terkena.

“Jujur saya akui masih sayangkan kerjaya dalam bidang penerbangan namun kena reda. Syarikat memang perlu lakukannya demi kelangsungan operasi,” katanya.

Berkongsi mengenai perancangan selepas ini, Fahmi tidak mahu tergesa-gesa mencari pekerjaan baharu dan bergantung kepada sumber pendapatannya menerusi media sosial.

“Mujur saya masih ada sumber pendapatan dengan melakukan ulasan produk di media sosial. Selain itu, saya turut terbabit dalam projek-projek yang diusahakan rakan terdekat.

“Mengenai nyanyian pula, saya tidak akan kembali ke dunia seni dalam masa terdekat. Saya mahu mencari pekerjaan yang lebih stabil dan sedia beradaptasi dengan suasana baharu selain bidang penerbangan,” katanya.

Baru-baru ini, AirAsia mengumumkan berkemungkinan melaksanakan pusingan terbaharu langkah pemberhentian pekerjanya dalam usaha untuk terus bertahan dalam industri yang terjejas teruk akibat krisis Covid-19.

Terdahulu, pada awal Jun lalu, AirAsia sudah mengurangkan lebih 250 pekerjanya akibat penularan Covid-19 berkenaan.

Fahmi mula berkhidmat dengan AirAsia sejak 2009. Dia yang menjadi protege kepada Ajai dalam Mentor Legend 2015 pernah menghasilkan single berjudul Halang pada tahun sama.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat