Amazfit Neo, Jam Tangan Pintar Dengan Rekaan Retro Beserta Fungsi Kecergasan

- Advertisement -

Sebut mengenai jenama Xiaomi, pasti ramai yang cukup tahu dimana jenama ini cukup terkenal dengan memperkenalkan dan menawarkan produk dengan harga mampu milik serta berbaloi untuk dimiliki.

Menerusi rangkaian jam tangan pintar, Xiaomi hadir dengan jenama Amazfit yang menawarkan seleksi jam tangan pintar dengan pelbagai fungsi dan harga. Terbaru, Amazfit tampil dengan jam tangan pintar Amazfit Neo yang hadir dengan rekaan seakan jam tangan Casio.

Dari segi rekaan, jelas Amazfit Neo mengambil inspirasi daripada jam tangan keluaran Casio yang hadir dengan bentuk petak dengan empat butang fizikal. Hadir dengan warna monokrom pada muka jam membolehkan Amazfit Neo menawarkan ketahanan bateri selama 28 hari. Para pengguna berpeluang menedapatkan ketahanan bateri sehingga 37 hari melalui fungsi power-saving.

20200925_5f6d6b168bd2f

Meskipun hadir dengan rekaan yang klasik, Amazfit Neo masih lagi dilengkapkan dengan fungsi asal jam tangan pintar dengan pengesanan denyutan nadi serta sokongan fungsi kecergasan meliputi aktiviti berjalan, berlari serta mengayuh basikal. Dalam pada itu, model ini tidak dilengkapkan fungsi GPS.

Melihatkan kepada rekaan serta fungsinya, jelas model ini difokuskan buat mereka yang cintakan rekaan yang retro, bersukan secara kasual serta tidak mahu berbelanja besar dalam mendapatkan jam tangan. Rekaan yang ditawarkan jelas evergreen serta sesuai digayakan pada pelbagai situasi.

Amazfit-Neo-Rasmi-MY-02-scaled

Amazfit Neo sedia ditawarkan secara rasmi pada 10 Oktober 2020. Walau bagaimanapun, 300 pelanggan terawal di Shopee berpeluang mendapatkan model ini dengan harga yang lebih rendah serta lebih awal pada 2 Oktober 2020.

Amazfit Neo mulai ditawarkan di Shopee buat 300 pelanggan terawal dengan harga RM139 manakala harga bagi jualan rasmi pula adalah RM149. Setakat ini cuma warna hitam ditawarkan melalui kedai rasmi Amazfit Malaysia. Anda boleh klik di sini untuk mendapatkannya.

The Vocket

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat