Lantik Menteri Cina Dalam Kabinet Negeri – Dong Zong

- Advertisement -

KOTA KINABALU: Dong Zong Sabah meminta pelantikan menteri Cina dalam Kabinet Negeri yang baru dibentuk.

Pengerusinya, Datuk Jimmy Yong Kyok Ming berkata, masyarakat Cina tidak akan mempunyai saluran untuk menyampaikan isu-isu yang dihadapi oleh sekolah-sekolah Cina dan masyarakat itu kepada Kerajaan Negeri sekiranya kabinet negeri tidak mempunyai wakil masyarakat cina.

Walaupun tidak ada calon dari parti berasaskan kaum Cina dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terpilih dalam pilihanraya negeri, dia berkata Ketua Menteri mempunyai hak untuk menambah 6 orang ADUN secara lantikan.

“Kami berharap agar Ketua Menteri dapat melantik satu hingga dua wakil masyarakat cina ke dalam Kabinet Negeri,” katanya ketika diminta untuk mengulas semalam.

Yong juga berharap agar Kerajaan Negeri yang baru bersikap adil terhadap rakyat Sabah, tanpa mengira bangsa dan kepercayaan, dalam bidang budaya, pendidikan dan ekonomi.

“Sekiranya tidak ada wakil masyarakat Cina dalam Kabinet Negeri, kami berharap agar kerajaan Negeri dapat melayan semua kaum dengan adil.”

Presiden Perikatan Nasional (PN) Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah yang baru pada hari Selasa (29 Sept). Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Dr Joachim Gunsalam dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri. Bung memegang portfolio Menteri Kerja Raya, Jeffrey memimpin Kementerian Pertanian dan Perikanan, sementara Joachim dilantik sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah

Sementara itu, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun adalah Menteri Kewangan Negeri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan sedangkan Datuk Jahid Jahim adalah Menteri Pembangunan Luar Bandar – Borneo Post Online

Penafian: Sekiranya wujud perbezaan terjemahan/maksud antara artikel ini dan artikel dalam pautan asal, maksud artikel dalam pautan asal adalah terpakai

author avatar
Nur'ain Musa
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat