Di sebalik kemerosotan kewangan media, wartawan kanan lancar portal Utusan Melayu Plus

KUALA LUMPUR, – Sebuah portal berita baharu hasil inisiatif bekas wartawan Utusan Melayu, diberi nama utusanmelayuplus.com, dilancarkan semalam bersempena sambutan Hari Kebangsaan.

Portal ini bertekad mengangkat semula legasi kewartawanan Utusan Melayu dengan memberi fokus kepada laporan berita semasa serta analisis mendalam, selain menyesuaikan pendekatan dengan trend digital terkini. Keutamaannya adalah penyebaran kandungan melalui platform media sosial utama seperti TikTok, Instagram dan Facebook, bagi menarik minat generasi muda yang semakin cenderung mendapatkan maklumat secara ringkas, visual dan mudah dikongsi.

Utusan Melayu+ boleh diakses menerusi laman web rasmi utusanmelayuplus.com serta akaun media sosial rasmi utusanmelayu+official di TikTok, Instagram dan Facebook.

Portal ini diterajui tiga tonggak utama ialah Encik Zulkiflee Bakar, selaku Ketua Pengarang yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam kewartawanan cetak dan digital di Utusan Malaysia, Sinar Harian dan beberapa portal berita; Encik Hisham Idris, bekas wartawan Kosmo!, MalaysiaNow dan UtusanTV; serta Encik Mohd Nizam Hamzah, yang membawa kepakaran multimedia hasil pengalaman di Utusan Melayu dan Malaysia Gazette.

Menurut Zulkiflee, portal itu menekankan gaya penyampaian pantas, terpercaya, segar dan interaktif, seiring dengan perubahan corak pembacaan masyarakat masa kini.

“Pemilihan tarikh 31 Ogos sebagai hari pelancaran adalah simbolik kepada kemunculan media baharu berjiwa nasionalis,” katanya.

Beroperasi dari Garden City Business Centre, Ampang, Utusan Melayu Plus berhasrat untuk berkembang menjadi salah satu portal berita digital arus perdana dalam tempoh beberapa tahun akan datang.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat