Zaharah Dilantik Pengerusi Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan MKI

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menaruh keyakinan di atas pelantikan Tan Sri Zaharah Ibrahim sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI).

Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, mantan Hakim Besar Malaya itu diharap dapat memimpin Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan untuk mencapai matlamat penubuhannya.

Beliau berkata, pelantikan Zaharah disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj selaku Pengerusi MKI pada 17 Ogos lalu.

“Mesyuarat Majlis Raja Raja Kali Ke-259 yang diadakan pada 30 Jun lalu berkenan untuk menaik taraf Jawatankuasa Teknikal Undang Syarak dan Sivil, MKI kepada Jawatankuasa Perundangan Islam Kebangsaan.

“Justeru, Zaharah diperkenan mempengerusikan jawatankuasa ini berkuatkuasa mulai 30 Jun 2022 sehingga 29 Jun 2024,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, Jawatankuasa Teknikal Undang Syarak dan Sivil sebelum ini ditubuhkan oleh MKI sejak 6 Mei 1988 antara lain bertujuan membincangkan penyeragaman undang-undang syariah dan pengharmonian antara undang-undang sivil dan syariah di Malaysia.

Hakimah yang juga Setiausaha MKI berkata, Jakim merakamkan sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, mantan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, MKI sejak 7 Jun 1999. – Kosmo

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat