PAS Tak Pernah Isytihar Pembubaran MN – Tuan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan parti itu tidak pernah mengisytiharkan pembubaran Muafakat Nasional (MN) sehingga kini, begitu juga UMNO.

Jelasnya, platform penyatuan ummah itu perlu diteruskan demi kepentingan bangsa Melayu dan Islam serta masa depan negara.

“Perundingan kita melihat muafakat dalam kerangkan MN. Saya ingin tegaskan MN belum dibubar. UMNO tidak isytihar bubar, Pas pun tidak isytihar bubar.

“Kita perlu mengekalkan platform ini kerana kepentingan Islam dan Melayu serta masa depan negara,” jelasnya.

“MN juga boleh menjadi medium dalam perbincangan mengenai isu-isu lain selain politik. Kalau pun bukan dalam konteks politik, kita banyak lagi isu-isu yang perlu dilihat bersama, jadi platform itu perlu ada,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Tuan Ibrahim turut menegaskan bahawa Pas terbuka sekiranya ada parti-parti politik ingin mengadakan perbincangan berhubung kerusi-kerusi kritikal.

Jelasnya, jika kerjasama dapat dijalinkan, ia dapat mengelakkan daripada PH memenangi di kerusi berkenaan.

“Namun, kita menyedari beberapa kerusi perlukan perbincangan bagi mengelak kemenangan PH khususnya DAP dan rakan-rakan sekutu bekerjasama dengan mereka.

“Kita perlu dalam kerangka yang besar dan berjiwa besar dalam situasi ini. Ini bukan bermakna kita takut menghadapi Pilhanraya Umum ke-15 (PRU15), saya nak tegaskan Pas melalui PN kita bersedia dalam semua situasi yang ada dalam menghadapi pilihan raya kali ini.

“Kita terbuka sekiranya orang ingin berbicara dan berunding, kita sedia bertempur dalam semua situasi kalau sekira itu menjadi pilihan,” tambahnya. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat