MARA Liner Tawar Diskaun 10 Peratus Pembelian Tiket Dalam Talian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: MARA Liner Sdn Bhd menawarkan diskaun 10 peratus bagi pembelian tiket dalam talian untuk perjalanan sehala sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif MARA Liner Sdn. Bhd, Zachary Ismail Zee Ismail berkata, tawaran berkenaan untuk mana-mana individu yang layak dan mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk merentas negeri.

“Selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN), promosi diskaun 10 peratus pembelian tiket atas talian memberi peluang bagi golongan dan individu yang dibenarkan untuk perjalanan rentas daerah dan negeri Fasa 1 seperti Kedah, Selangor, Melaka, Johor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Manakala bagi negeri Fasa 2 seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Sabah.

“Individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin perlu mendapat pengesahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta merupakan golongan pasangan suami isteri hubungan jarak jauh mahupun ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak berumur 18 tahun ke bawah yang menetap di negeri berlainan.

“Promosi bagi tempahan tiket atas talian bermula sekarang sehingga 30 September 2021 dan boleh memuat turun aplikasi MARA Liner Mobile Apps melalui Google Play dan Apps Store sahaja,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Dalam pada itu katanya, promosi tempahan tiket dalam talian juga boleh digunakan melalui laman web http://maralinergroup.tiketbas.my dan aplikasi mudah alih ejen jualan tiket MARA Liner.

Jelasnya, promosi itu tidak sah bagi pembelian tiket di kaunter.

Sementara itu ujar Zachary, pihaknya percaya perkhidmatan bas ekspres masih merupakan nadi pengangkutan awam negara sehingga kini.

“Sebagai sebuah syarikat bas yang prihatin, MARA Liner menjamin keyakinan dan keselamatan pelanggan dengan meningkatkan pematuhan prosedur operasi standart (SOP) COVID-19.

“Antaranya sanitasi bas dilaksanakan sebelum dan selepas perjalanan seperti mana yang diarahkan MKN.

“Pemeriksaan Sijil Vaksinasi dan surat pengesahan PDRM akan disemak sebelum perjalanan bermula dan bagi individu yang tidak melengkapkan dua vaksinasi atau tidak cukup 14 hari selepas vaksinasi kedua tidak dibenarkan untuk meneruskan perjalanan,” jelasnya.

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat