Gangguan Bekalan Air Lembah Klang: Proses Bersih, Rawatan Loji Ambil Masa 14 jam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih yang dihenti operasi berikutan pencemaran bau kembali beroperasi selepas mencatatkan bacaan tahap 0 TON sebanyak tiga kali berturut-turut.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri, bagaimanapun memaklumkan, proses pembersihan sistem rawatan air perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum dapat memulakan proses rawatan air agar air terawat dapat diagihkan kepada pengguna.

Katanya, proses pembersihan dan rawatan air di loji akan mengambil masa kira-kira 14 jam.

“Air Selangor akan berkongsi pelan pemulihan bagi kawasan-kawasan yang terjejas dalam siaran media kami pada jam 7 pagi esok (Rabu),” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Katanya, bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas, Air Selangor telah mengaktifkan pelan mitigasi dengan mengagihkan bekalan air alternatif daripada LRA Langat 2 dan LRA Labohan Dagang ke sebahagian kawasan di Wilayah Hulu Langat dan Kuala Langat.

“Pengguna di kawasan Kajang Baru, Kajang, Semenyih dan Beranang di Wilayah Hulu Langat serta Jenjarom, Teluk Panglima Garang dan Pulau Carey di Wilayah Kuala Langat akan menerima bekalan air alternatif secara berkala.

Katanya, sebanyak 94 lori tangki air telah digerakkan ke kawasan pengguna yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

“Senarai kawasan yang terjejas boleh dapati di http://tinyurl.com/ais-erp-02,” katanya.

Media pada Selasa melaporkan, sebanyak 323,623 akaun di lima wilayah di Selangor dan Putrajaya mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan LRA Sungai Semenyih dihenti operasi akibat pencemaran bau dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

Lima daerah terjejas itu ialah Petaling membabitkan sebanyak 160,946 akaun, Hulu Langat (29,377), Sepang (75, 869), Putrajaya (33,352) dan Kuala Langat (24,079).

– Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat