“Boss JCorp” Bakal Ganti TMJ Di JDT?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismai Sultan Ibrahim seolah-olah memberi bayangan kemungkinan Presiden dan Ketua Eksekutif, Johor Corporation (JCorp), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim bakal menerajui Johor Darul Ta’zim (JDT) seandainya baginda berundur.

Perkembangan itu dikongsikan Tunku Ismail menerusi ciapan pada akaun Instragram rasmi ketika sesi soal dan jawab yang dibuka kepada netizen, semalam.

Malah bagi memperkukuhkan kemungkinan itu, baginda turut memuatnaik gambar Syed Mohamed selepas netizen bertanya soalan: “Jika Tunku tinggalkan JDT siapa yang Tunku cari untuk mengganti tempat Tunku”.

Tunku Ismail mendedahkan baginda dalam situasi 50-50 sama ada ingin terus menerajui kelab JDT atau melepaskan kepada individu lain yang akan meneruskan legasi kelab berkenaan.

Dalam sesi soal dan jawab itu, Tunku Ismail menyatakan baginda sebenarnya sudah penat untuk menguruskan bola sepak.

Namun begitu, Tunku Ismail tampak risau akan berlaku perubahan besar pada JDT seperti penaja akan menarik diri, selain pemain juga akan tidak bersama kelab berkenaan. Malah kakitangan JDT juga bakal berhenti sekiranya hajat berkenaan di teruskan.

“Secara jujur saya letih sikit. Ini kerana saya menguruskan bola sepak kerana minat tetapi saya tidak memerlukan bola sepak.

“Dan apabila kita sudah mula kehilangan minat dalam melakukan sesuatu, kita harus cari benda lain dan saya juga mempunyai banyak tanggungjawab lain. Oleh itu buat masa ini 50/50,” jelas Tunku Ismail memetik Berita Harian.

Isu ini terdahulu berbangkit susulan daripada tindakan Tunku Ismail memuat naik hantaran yang menyatakan pusat latihan bersepadu canggih JDT yang sedang dalam pembikinan itu adalah hadiah terakhir buat kelab sekaligus menimbulkan tanda tanya.

Ia menimbulkan keresahan di kalangan penyokong JDT, memandangkan mereka masih dahagakan perubahan dan kejayaan mampu di bawa Tunku Ismail sejak melakukan transformi bola sepak Johor pada 2013.

Untuk rekod, sejak JDT ditransformasi pada 2013, kelab itu berjaya menjuarai 18 kejuaraan merangkumi lapan trofi Liga Super berturut-turut, enam Piala Sumbangsih, dua Piala Malaysia dan masing-masing satu Piala FA dan Piala AFC.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat