Kerajaan PN Akan Runtuh Seperti PH Jika Pinggir Melayu Islam, Bumiputera – Dr Hoo Kee Ping

Mohammadin Sudah Minta Maaf Isu Dakwaan Hina Wira Negara – Shafie Apdal

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan memanggil Datuk Mohammadin Ketapi untuk meminta penjelasan berhubung kenyataan kontroversinya. Calon...

Hishamuddin Minta Maaf Kepada Waris Pejuang Yang Terkorban (Video)

KUDAT - Menteri Luar, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menzahirkan permohonan maaf kepada seluruh keluarga dan waris wira-wira negara yang terkorban ketika tragedi berdarah di...

Wakil Rakyat Bebas Tidak Mampu Berkhidmat Di Kuamut – Bung Muktar

TONGOD: Pengundi Kuamut diminta untuk menolak calon Bebas yang bertanding di kawasan berkenaan dalam pilihanraya negeri Sabah yang bakal berlangsung pada 26hb September yang...

Didakwa Pukul Rafizi Ramli, Ahli PKR Digantung Keahlian

CYBERJAYA - PKR hari ini mengumumkan keputusan menggantung keahlian Daing Muhammad Reduan Bachok yang didakwa memukul Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli semasa pemilihan...

Bomba Bantu Keluarkan Kanak-Kanak Tersepit Celah Pokok

BATU GAJAH - Seorang kanak-kanak lelaki enam tahun diselamatkan sepasukan anggota bomba dan penyelamat selepas tersepit antara tiang elektrik dan sebatang pokok. Dalam kejadian kira-kira...

KUALA LUMPUR – Punca utama ekonomi Malaysia mengalami kemerosotan dan para pelabur kurang berminat ketika zaman pemerintahan Pakatan Harapan (PH) disebabkan sikap sombong kerajaan dan Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri ketika itu.

Penganalisis Politik, Dr Hoo Kee Ping berkata, kerajaan ketika itu seolah-olah cuba mencetuskan ‘peperangan’ daripada segi ekonomi dengan kebanyakan negara kuasa besar dunia termasuk dengan India, China dan Amerika Syarikat (AS).

Dalam pada itu, Kee Ping memberitahu, keadaan tersebut menyebabkan ramai pelabur asing enggan datang ke negara ini untuk melabur selama 22 bulan PH memerintah.

“Malah, walaupun ramai pelabur dari AS menarik pelaburan mereka dari negara China berjumlah lebih AS$20 bilion namun mereka tidak berani melabur di Malaysia.

“Sebaliknya mereka memilih negara lain seperti Vietnam dan Thailand serta lain-lain lagi kerana tidak yakin dengan cara pentadbiran kerajaan PH ketika itu. Itulah kerajaan PH yang memerintah selama 22 bulan dengan penuh kontroversi.

“Kalau dibandingkan antara kerajaan PH selama 22 bulan dengan Perikatan Nasional (PN), pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selama enam bulan tanpa sebarang kontroversi adalah jauh bezanya.

“Kerajaan PN pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sama seperti pepatah Melayu diam, diam ubi berisi dan sentiasa menunaikan tanggungjawab membantu rakyat di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian berucap membentangkan kertas kerja pada Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran PN di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya hari ini.

Kee Ping turut memberi amaran kerajaan PN juga akan hancur berkecai, runtuh dan kalah besar dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) jika mereka meminggirkan orang Melayu Islam dan masyarakat bumiputera selaku kaum majoriti seperti diamalkan PH selepas menang PRU-15 lalu.

Beliau berkata, satu lagi perkara penting perlu ditangani oleh kerajaan PN adalah untuk memastikan mereka meraih kemenangan besar dan mampu membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bulan depan.

Bagaimanapun, Kee Ping yakin PN mampu meraih kemenangan dalam PRN Sabah jika semua parti komponen Barisan Nasional (BN) dan PN mampu bertolak ansur dalam pembahagian kerusi dan bekerjasama erat antara satu sama lain.

“Kalau Warisan (PH) kalah di Sabah ini tunjukkan pengundi akan pilih PN dalam PRU akan datang dan rakyat sudah menolak PH yang mengamalkan politik perkauman,” ujarnya. – MalaysiaGazette

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Haramkan Sekolah Tahfiz Kalau Mahu Arak Diharamkan Kata Siti Kassim

Kuala Lumpur - Peguam Siti Zabedah Kasim menyelar cadangan Pas untuk mengantung penjualan arak ekoran peningkatan kes yang melibatkan pemandu mabuk. Dia yang lebih dikenali...

Seorang Menteri Umum Letak Jawatan Petang Ini

Kuala Lumpur - Seorang menteri dijangka bakal mengumumkan meletak jawatan petang ini. Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV sebentar tadi satu sidang akhbar akan diadakan bagi...

Berita Berkaitan

Mohammadin Sudah Minta Maaf Isu Dakwaan Hina Wira Negara – Shafie Apdal

KOTA KINABALU - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan memanggil Datuk Mohammadin Ketapi untuk meminta penjelasan berhubung kenyataan kontroversinya. Calon...

Wakil Rakyat Bebas Tidak Mampu Berkhidmat Di Kuamut – Bung Muktar

TONGOD: Pengundi Kuamut diminta untuk menolak calon Bebas yang bertanding di kawasan berkenaan dalam pilihanraya negeri Sabah yang bakal berlangsung pada 26hb September yang...

Didakwa Pukul Rafizi Ramli, Ahli PKR Digantung Keahlian

CYBERJAYA - PKR hari ini mengumumkan keputusan menggantung keahlian Daing Muhammad Reduan Bachok yang didakwa memukul Naib Presiden parti itu, Rafizi Ramli semasa pemilihan...