Bumiputera Rasa Tertipu, Dikhianati Setelah Beri Mandat Pada PH

Pendakwah Selebriti Guna Gelaran Da’i Perangkap Mangsa Seksual – Polis

KUALA LUMPUR - Seorang selebriti televisyen muda yang ditahan kerana disyaki melakukan jenayah seksual dan menyebabkan kecederaan pada mangsa dipercayai menggunakan pengaruhnya sebagai pendakwah...

Warisan Gesa Tukar Ketua Pembangkang, Tak Puas Hati Kepimpinan Anwar

KUALA LUMPUR - Tiba masanya blok pembangkang di Dewan Rakyat mencari individu baharu bagi mengetuai blok tersebut untuk menjadi lebih kuat. Ketua Whip Parti Warisan...

Bursa Malaysia Melonjak 39.55 Mata Hari Ini

KUALA LUMPUR - Saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh pada Selasa seiring pasaran serantau yang positif berikutan sentimen itu didorong oleh data China yang...

1,552 Pesakit Covid-19 Pulih, 1,467 Kes Baru Direkodkan Hari Ini

PUTRAJAYA – Kes jangkitan Covid-19 hari ini kekal empat angka selepas melaporkan sebanyak 1,472 kes dengan kes tertinggi dicatatkan di Selangor sebanyak 891. Angka kes...

Johor Catat 68 Kes Baru Covid-19

JOHOR BAHRU - Johor mencatatkan 68 kes baharu Covid-19 hari ini sekali gus mencatatkan jumlah tertinggi untuk minggu ini. Jabatan Kesihatan negeri memaklumkan, daerah Batu...

Oleh: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

KASIHAN saya membaca artikel seorang mantan Menteri Pendidikan yang mengatakan PAS dan UMNO adalah rakan komponen parti yang tidak boleh dipercayai dalam Perikatan Nasional (PN). Malah katanya, BERSATU di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin pasti akan diperkudakan dan dipermainkan oleh UMNO dan PAS. Dangkal sungguh hujah ini, hanya berdasarkan kepada kenyataan beberapa pemimpin UMNO yang melahirkan rasa kurang senang dengan penubuhan PN bersama BERSATU.

Pada hemat saya, realiti politik Melayu hari ini, UMNO dan BERSATU adalah saling lengkap melengkapi. Begitu juga kehadiran PAS turut melengkapkan wacana politik masa depan Melayu dan Bumiputera. Mungkin beliau sudah terlupa bahawa era politik baharu telah berlalu setelah gagaltokrasi mantan kerajaan diterajui PH menunaikan agenda reformasi politik baharu.

Perlu diingat, kemenangan PH bukan di atas kekuatan undi sebenar populariti PRU14. Undi popular yang diperolehi PH hanya 47% berbanding Barisan Nasional 34%, PAS 18% dan Bebas 1%.

Malahan kemenangan PH adalah disebabkan kembalinya pengawal elit lama politik yang menyokong Tun Dr Mahathir dalam arena politik semasa. Setelah kejatuhan Najib, UMNO telah pun membuat pembaharuan politik parti dan lebih berdiplomasi dan mendengar luahan akar umbi.

Bagi PAS, budaya politik matang sejahtera masih diteruskan untuk kepentingan ummah. Malangya di PH, ultra kiasu dilihat terlalu berkuasa.

Ini menyebabkan rakyat terutama Bumiputera merasakan tertipu dan dikhianati setelah mandat diberikan. Ribuan kehilangan pekerjaan. Ribuan hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Apa yang terjadi adalah kumpulan proksi kroni ultra kiasu terus hidup dan mendapatkan banyak projek mega sehingga asset negara hilang begitu sahaja. Malahan yang lebih terkejut, Menteri Kewangan ultra kiasu lebih berkuasa daripada Menteri Pendidikan dalam soal pendidikan vernakular.

Konsensus sebagai alasan kenapa umat Melayu dan Bumiputra perlu mengorbankan hak mereka kononnya untuk berlaku adil kepada bukan Bumiputera. Tetapi hakikatnya, siapa yang menindas siapa dalam soal hak, maruah dan agama. Sehingga terpaksa mengadakan Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober 2019. Yang menyedihkan kuasa Melayu terpaksa akur dengan kehendak pendidikan bukan Melayu ultra kiasu daripada 6 muka surat tulisan kepada 3 muka surat jawi dan akhirnya hanya tinggal surat sahaja. Jawi hilang entah ke mana.

Adalah menjadi kebiasaan UMNO dan PAS mengadakan perbincangan untuk menghadapi PRU 15. Mungkin beliau terlupa bahawa Muafakat Nasional (MN) yang ditubuhkan selepas 9 Mei 2018 mengandungi UMNO dan PAS. Pada masa itu, BERSATU tidak terlibat. Mungkin perlu diperbetulkan fakta kenapa BERSATU tidak mampu mendapat layanan adil daripada PAS dan UMNO. Nah, dengar jawapan ini mantan menteri.

Jika diamati, kerusi benar-benar majoriti Cina iaitu 30 kerusi Parlimen sahaja. Manakala kerusi campuran Cina dan majoriti India hanya 5 kerusi Parlimen sahaja. Majoriti bermaksud melebihi 45% jika ketiga-tiga etnik Melayu, Cina dan India ada. Bagi kerusi majoriti Melayu di Semenanjung adalah 130 kerusi, manakala kerusi Parlimen Sarawak adalah 31 kerusi dan kerusi Parlimen Sabah iaitu 26 kerusi.

Jumlah keseluruhan kerusi Parlimen majoriti Bumiputera iaitu 187 kerusi Parlimen jika diadakan PRU15. Kenapa kerusi Parlimen majoriti bukan Melayu jatuh? Ini disebabkan populasi bukan Melayu hanya 30% sahaja. Jadi, pembahagian kerusi Parlimen bagi UMNO, PAS dan BERSATU boleh dibahagikan mengikut keboleh menang sesuatu kawasan dan kekuatan pengaruh parti tersebut.

Jika dilihat ketiga-tiga parti iaitu UMNO, PAS dan BERSATU adalah Melayu dan Islam. Maka, perkongsian kerusi dan kuasa perlu lebih kepada adik beradik. Ini berlainan dengan tuduhan mengatakan PAS menikam belakang dan tidak boleh dipercayai. Persoalannya terkeluar PAS daripada Pakatan Rakyat kerana campur tangan komponen parti Pakatan Rakyat untuk memecah belahkan PAS yang berakhir dengan tertubuhnya Parti Amanah Negara (PAN). Malahan Barisan Alternatif terkubur pun disebabkan DAP keluar daripada gabungan itu disebabkan penentangan DAP ke atas undang-undang Hudud. Bukan salah PAS.

Bagi pembahagian kerusi di Semenanjung yang mempunyai kerusi majoriti Melayu adalah 130 kerusi. Maka jika PAS mengambil 40 kerusi Parlimen, UMNO mengambil 45 kerusi Parlimen dan BERSATU mengambil 45 kerusi Parlimen. Jumlahnya 130 kerusi Parlimen. PAS fokus pada pantai timur, Kedah, Perlis, Perak dan Johor. UMNO pula fokus pada Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor dan Johor. Bersatu fokus pada Johor, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka. Bagi Sabah, UMNO Sabah yang bergabung dengan Gabungan Bersatu Sabah akan mengambil alih peranan UMNO.

Berasaskan senario politik semasa, tidak mustahil PAS juga mampu mendapatkan beberapa kerusi di Sabah dan Sarawak berdasarkan sokongan dan kekuatan pengaruh. Mungkin ramai tidak tahu bahawa terdapat peningkatan sokongan dan keahlian dari Melayu Brunei Sabah dan Sarawak serta Melanau Sarawak.

Siapa kata UMNO dan PAS hendak membolot dan menguasai keseluruhan kerusi Parlimen majoriti Melayu? Jika dilihat pembahagian kerusi dan kawasan adalah berdasarkan sokongan dan kekuatan parti, bukan seperti amalan PH.

Amalan PH dalam PRU14, DAP ultra kiasu mengambil 50 kerusi Parlimen, PKR mengambil 100 kerusi Parlimen iaitu 40 kerusi bukan Bumiputra dan 60 kerusi Bumiputera, BERSATU di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir hanya mengambil 50 kerusi Parlimen dan 22 kerusi Parlimen Sabah diberikan kepada Warisan.

Di atas pembahagian ini menampakkan wakil Bumiputera dan Melayu lebih ramai. Hakikatnya, bila berlaku pilihan raya sebenar, calon bukan Bumiputera dan bukan Melayu menang lebih ramai daripada calon Bumiputera dan Melayu. Inilah strategi licik ultra kiasu. Ini menyebabkan PH terpaksa merayu ahli-ahli Parlimen Bumiputera dan Melayu menyertai PH. Akhirnya, siapa yang mendominasi siapa sehingga terpaksa U-Turn beberapa kali untuk akur kepada kehendak bukan Melayu? Di manakah keberanian dan kekuatan politik Melayu dalam semasa PH berkuasa sebagai kerajaan?

Pengalaman lalu tidak semestinya dijadikan ukuran bagi mengesahkan sesuatu tuduhan. Mungkin mantan menteri Pendidikan ini sengaja membutakan mata, tidak nampak bahawa PAS dan UMNO banyak berubah dan belajar dari kesilapan lalu. Bukan kuasa dan angka kerusi Parlimen menjadi hambatan untuk menjatuhkan sesebuah kerajaan yang diiktiraf oleh Yang di Pertuan Agong. Sendiri buat salah tetapi meletakkan kesalahan tersebut kepada orang lain dengan berbagai tuduhan.

PAS bertanding di kesemua kerusi Parlimen dalam PRU14 kerana takut kerusi tersebut jatuh ke PH memandangkan sentimen anti-Najib semakin kuat dan bukannya untuk berlaku khianat. PAS telah meletakkan calon di DUN Kota Damansara kerana Pakatan Rakyat ingin meletakkan calon dari fahaman sosialis yang tidak mesra akan Islam dan di Sg Aceh kerana tidak bersetuju PKR meletakkan calonnya sedangkan kawasan tersebut adalah kawasan kekuatan PAS dan bukannya PKR.

Di sebabkan kepimpinan Pakatan Rakyat ego dan tidak mahu bertolak ansur dengan cadangan PAS sehingga berlakunya pertandingan 3 penjuru yang menjejaskan kemenangan Pakatan Rakyat ketika itu. Gaya kepimpinan Pakatan Rakyat adalah sama dengan Pakatan Harapan. Semuanya perlu akur dengan keputusan sebelah pihak dan bukannya berkompromi tetapi sering kali dilaungkan consensus. Konsensus yang dimaksudkan adalah akur kepada sebelah pihak. Pihak lain semuanya salah dan tidak betul.

Kenapa perlu persoal satu demi satu tentang apa yang masih belum berlaku? Adakah kerana ingin menjadi Nujum Pak Belalang setelah tidak berjawatan? Kasihan saya. Semua keputusan mengenai kerusi dan pembahagian PN adalah lebih adil dan terbuka berbanding PH.

Adakah benar kemenangan PN sangat tipis di kerusi majoriti bukan Melayu seperti yang diramalkan? Benarkah sokongan bukan Melayu masih tinggi kepada PH? Jangan terlupa, Parlimen Tanjung Piai, DUN Rantau dan Parlimen Cameron Highlands. Siapakah yang memangkah Barisan Nasional dan memenangkan Barisan Nasional? Kenapa DAP, PKR dan BERSATU kalah di ketiga-tiga pilihan raya kecil tersebut? Salah bukan Melayu tidak memangkah PH? Fikir-fikirkan wahai mantan menteri yang kini mahu bertindak sebagai penganalisis politik pula.

Adalah dangkal juga mengatakan belum ada kenyataan UMNO untuk bertanding di atas tiket PN dalam PRU15. Ya, sememangnya Parlimen masih belum bubar dan buat apa UMNO hendak memberikan kenyataan untuk bertanding. Mungkin terlalu berangan-angan Parlimen akan bubar dalam masa terdekatkah? Atau hilang pertimbangan sambil mengira angka Ahli Parlimen 128 atau 112 untuk pembentukan kerajaan baru? Bila masa Bersatu dipinggirkan sedangkan yang bercakap dan yang berkerja di depan televisyen setiap hari tersebut adalah Tan Sri Muhyiddin selaku Pengerusi Bersatu?

Bila masa PAS dan UMNO campur tangan dalam soal kepemimpinan negara sehingga BERSATU dipinggirkan? Nampaknya takut akan bayang-bayang sendiri maka diteriaknya hantu sedang merasuk dirinya. Adakah ini berlaku pada beliau pada siang hari?

BERSATU masih dominan dalam PN kerana kepemimpinan negara di bawah Pengerusi Bersatu dan bukannya di tangan PAS atau UMNO. Inilah hakikat yang perlu diterima. Bukan seperti PH, Bersatu memimpin kepimpinan negara tetapi akhirnya akur kepada DAP. Najib Razak dan Zahid Hamidi tidak mengingini sebarang jawatan dalam kerajaan yang diterajui PN.

Jika benar mereka berdua menginginkan sudah tentu Tan Sri Muhyiddin melantik mereka berdua dari awal lagi. Mereka berdua tahu zaman mereka telah berlalu. Cuma sebagai tanggungjawab mereka berdua yang pernah memimpin negara dan UMNO. Maka, atas dasar tanggungjawab dan kesedaran, mereka berdua perlu terlibat dalam politik untuk mengembalikan semula keyakinan dan kepercayaan rakyat ke atas UMNO.

Ramai pemimpin UMNO yang meninggalkan UMNO tidak akan kembali lagi kepada UMNO. Sebab rumah BERSATU lebih besar dan luas berbanding rumah UMNO. Sewaktu ramai meninggalkan rumah UMNO, Najib Razak dan Zahid Hamidilah yang bertungkus lumus mempertahankan UMNO dan mengembalikan maruah UMNO. Hakikatnya mereka berdua hanya menjalankan amanah sahaja dan bukannya ingin kuasa. Jika benar inginkan kuasa sudah lama mereka bertukar arah ke PH.

Perlu disedarkan juga BERSATU tidak mempunyai kuasa dominasi ke atas mana-mana negeri disebabkan parti ini baru ditubuhkan pada penghujung 2017. Berbanding PAS dan UMNO yang sudah enam dekad lebih ditubuhkan mesti ada negeri-negeri didominasi oleh kedua-dua parti. Jadi berlapang dadalah usah, cemburui dengan apa yang ada pada UMNO dan PAS.

PAS dan UMNO tidak akan memalingkan muka dari BERSATU jika jiwanya masih berpegang kepada Islam dan Melayu. Tiada mana-mana parti yang dominan dalam PN. Cuma, kini kepimpinan negara adalah di bawah Pengerusi BERSATU maka Bersatulah yang memacu dan membuat keputusan negara.

Perlu diingatkan formula untuk PN adalah saling mempercayai antara satu sama lain dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Dan juga Najib Razak dan Zahid Hamidi tidak akan meminta jawatan apatah lagi jawatan Perdana Menteri kerana zaman mereka telah berlalu.

Nota: Penulis adalah merupakan Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan pandangan beliau tidak semestinya mewakili pendirian rasmi SuaraTV.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Sedia Berbaik Semula, Syaratnya Muhyiddin Perlu Tolak UMNO – Mahathir

KUALA LUMPUR - Jika kena ‘caranya’, tidak mustahil akan berbaik-baik semula dengan Perdana Menteri, akui Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hubungannya dengan Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Berita Berkaitan

Menghalang Pemimpin UMNO Terbabit Kes Mahkamah Bertanding PRU-15 Adalah Langkah Anti-Demokrasi:

Oleh: Ahmad Soffian Bin Mohd Shariff Penulis bukanlah seorang ahli UMNO atau pada ketika ini terlibat dalam mana-mana gerakan politik di Malaysia. Namun apabila melihat...

Menjual Nama Binatang Untuk Mengherdik Kerajaan

Pandemik Covid-19 menjejaskan semua pihak sama ada kerajaan, ahli perniagaan, pekerja dan rakyat biasa. Kerajaan tidak lagi mempunyai pendapatan yang banyak, manakala aktiviti ekonomi...

WAN JUNAIDI BERSEDIA UNTUK BEKERJA DENGAN LEBIH KUAT

KUCHING: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDEC), merangkap Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berharap dapat terus melakukan yang terbaik untuk...