PAS Cemas UMNO, BN Kalah PRU14, PH Tidak Hayati Kontrak Sosial – Hadi

CABARAN PROKLAMASI DAN ORDINAN DARURAT KE MAHKAMAH

Oleh: Muhamad Nur Aizat Bin Noor Azam Pengisytiharan Darurat 2021 yang merupakan kali kesembilan dalam sejarah negara baru-baru ini telah menimbulkan pelbagai polemik khususnya dalam...

Rugilah negara lain tak gantung Parlimen pulihkan ekonomi, Najib sindir Menteri Kewangan

KUALA LUMPUR - Hanya Malaysia satu-satunya negara dalam dunia gunakan alasan Covid-19 untuk gantung Parlimen,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Bekas Perdana Menteri itu...

Melampau Annuar tuduh UMNO derhaka kepada Agong – Puad

KUALA LUMPUR - Kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang menuduh UMNO derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dianggap melampau. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk...

Adakah Sidang Dewan Rakyat Wajib Diadakan Dalam Darurat?

--------------------------------------------------------------------------------------------------- Pada hemat saya mengadakan sidang Dewan Rakyat untuk membincangkan ordinan-ordinan darurat adalah satu tindakan tidak rasional. Jika sidang Dewan Rakyat perlu diadakan untuk...

Memohon Dewan Rakyat Bersidang Bukan Derhaka – Peguam

CYBERJAYA - Ada beberapa orang peguam tidak bersetuju dengan pandangan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, bahawa tindakan memohon Yang Di Pertuan (YDP)...

SLIM RIVER – Pas dan UMNO diibaratkan seperti kepala lutut kerana jika dipukul bahagian kiri, bahagian kanan akan turut terasa.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, sebab itu apabila UMNO dan Barisan Nasional (BN) kalah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), parti itu juga berasa cemas.

Jelas beliau, hasilnya perubahan perlu dibuat dengan menubuhkan Muafakat Nasional pada tahun lalu.

“PRU14 menyaksikan tiada parti yang berasaskan Islam yang perintah walaupun ada PAN (Parti Amanah Negara) dan mereka cuma hendak kuasa.

“Parti bukan Islam kuasai PRU14. Pas jadi cemas walaupun BN dan UMNO yang kalah.

“Kita ini macam kepala lutut. Pukul lutut kiri, kanan akan terasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Muafakat Nasional di Dewan Tan Sri Ghazali Jawi di sini semalam.

Turut hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Hadir sama, Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dan Pesuruhjaya Pas, Razman Zakaria.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, penubuhan MN itu masih tidak memadai untuk membuat perubahan kerana kerusi Parlimen masih tidak mencukupi.

Jelas beliau, walaupun ada parti seperti MCA dan MIC, perubahan itu masih tidak boleh dilaksanakan.

“Kita terpaksa ajak parti dalam PH (Pakatan Harapan) dan mereka runtuh apabila ada yang keluar dan bergabung bersama MN.

“Kerajaan PN (Perikatan Nasional) ditubuhkan untuk mencukupkan perubahan dan macam mana boleh kata kita tipu dan khianat.

“Kita tidak tipu dan mereka yang tipu. Buat manifesto janji harga minyak turun 24 jam, PTPTN dan tol dihapuskan. Sebenarnya bukan senang,” katanya.

Mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan (DUN) Slim, Abdul Hadi berharap pengundi akan membuat perubahan bersama MN dengan mengundi calon BN, Mohd. Zaidi Aziz.

Jelas beliau, keputusan Slim akan memberi makna besar sebagai penentu pada PRU15 dan juga Pilihan Raya Negeri Sabah.

“Buatlah perubahan dengan MN kerana kita ambil parti-parti yang ada dalam kontrak sosial kerana dalam PH, banyak yang tidak hayati kontrak itu,” katanya. – MalaysiaGazette

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan

Melampau Annuar tuduh UMNO derhaka kepada Agong – Puad

KUALA LUMPUR - Kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang menuduh UMNO derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong dianggap melampau. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk...

Tak Perlu Kecamuk Dalam UMNO, Sampai Masa Pilihlah Pemimpin Yang Disukai – Tok Mat

KUALA LUMPUR - Sekian lama bungkam Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bersuara mengulas ribut melanda parti. Menurut beliau tidak perlu membiarkan parti berkecamuk...

16,662 Daripada 53,357 Banduan, Tahanan Positif Covid-19

KUALA LUMPUR - Jangkitan Covid-19 di dalam pusat tahanan, penjara atau depot tahanan imigresen bukan sahaja dalam kalangan banduan, tetapi turut membabitkan petugas yang...