Tidak rasmi: Palong jadi kerusi ke-12 BN

JEMPOL – Barisan Nasional (BN) terus mengukuhkan kedudukannya apabila berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Palong, sekali gus meraih kemenangan ke-12 berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Calon BN, Datuk Mustapha Nagoor, memperoleh 14,598 undi untuk menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Zahin Zinal Abidin @ Bong, yang meraih 1,443 undi. Calon BERSATU, Rebin Birham, pula memperoleh 563 undi.

Dengan 43 daripada 45 saluran selesai dikira, BN mendahului dengan majoriti 13,155 undi, kelebihan yang tidak lagi mampu dipintas berbaki dua saluran.

Kemenangan itu merupakan lonjakan besar berbanding PRN 2023 apabila Datuk Mustapha Nagoor mempertahankan kerusi Palong dengan majoriti hanya 504 undi dalam pertandingan satu lawan satu menentang Perikatan Nasional (PN).

Kemenangan di Palong menjadikan BN meraih 12 kerusi berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini, selepas mempertahankan Sungai Lui, Pertang, Juasseh, Gemencheh, Kota, Johol, Linggi dan Seri Menanti, selain merampas Chennah, Repah serta Pilah daripada Pakatan Harapan.

Sebanyak 19 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri diperlukan untuk memperoleh majoriti mudah bagi membentuk kerajaan Negeri Sembilan.

Keputusan rasmi akan diumumkan dan disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat