Tidak rasmi: BN menang kerusi ke-14 di Lenggeng

SEREMBAN – Barisan Nasional (BN) terus menghampiri sasaran membentuk kerajaan apabila berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lenggeng, sekali gus meraih kemenangan ke-14 berdasarkan keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Calon BN, Datuk Mohd Asna Amin, memperoleh 15,358 undi untuk menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Zarinna Abu Zarin, yang meraih 5,614 undi. Calon BERSATU, Zool Amali Hussin, pula memperoleh 343 undi.

Dengan 52 daripada 55 saluran selesai dikira, BN mendahului dengan majoriti 9,744 undi, kelebihan yang dilihat mustahil dipintas berbaki tiga saluran.

Pada PRN 2023, Datuk Mohd Asna Amin mempertahankan kerusi Lenggeng dengan majoriti 685 undi. Keputusan tidak rasmi kali ini menunjukkan BN bukan sahaja mengekalkan kerusi tersebut, malah meningkatkan majoriti dengan ketara.

Kemenangan di Lenggeng menjadikan BN kini menguasai 14 kerusi berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini, selepas menang di Chennah, Pertang, Sungai Lui, Juasseh, Seri Menanti, Johol, Senaling, Pilah, Palong, Linggi, Labu, Gemencheh dan Repah.

BN kini hanya memerlukan lima lagi kerusi untuk mencapai majoriti mudah 19 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi membentuk kerajaan Negeri Sembilan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat